25 October 2009

Lelaki Dan Perempuan

Cakap pasal lelaki ngn pmpuan, seringkali kita tertanya-tanya (kple ak r yg plg byk dok asyik kuar tnde soal, hoho), apa lebihnya lelaki dan apa kurang nyer pmpuan..n sebalik nyer laa..
Soalan yg sama asyik berlegar-legar~~~~~~~~~~~~~~~
Plak tu, ada 1 budak ni dok asyik tanya ak..hebat sangat ke lelaki sampai taraf nyer lebih tinggi dr kaum pmpuan. Ak jawab tp mke dye cam xpuas ati j dgr jwpn ak..Tak ckup ilmiah kot, hoho.. (tu laa, kt skool lu ustzah dok ngajar syariah islamiyah tanak dgr btol2, haiyoh!!)

Even soalan tu da berbulan-bulan lame nyer terperuk lam stor otak aku STILL..., aku tercari-cari lagi jwapan yg plg seswai, bukan hanya tuk dri dye tp tuk dri aku sndri gak..
Tu laa org ckp, lam idopp ni, spnjg mse kita timba ilmu..dan yg plg pntg ilmu 2 utk diamal, bkn smata2 blja tuk tulis lam paper time exam j..(huhu, ak pn spesis ni............past time laa)
Jgn pndg rendah kt org yg x g skolah coz kdg2 dye 2 lg hebat dr kte..Pndidikan x formal perhaps..
Abg ak salu dok ulang ayt ni, 'blaja bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis'.
Paham2 la kn, ayt 2 seswai tuk sapew, hoho..maaf lau trsew!!
Ok, ak smakin merapu, huhu...

Berbalik soal llk ngn pmpuan ni, (heheh, mmg prkara yg sgt mnarik utk dibahaskn) last2, boring pye pasal, tah camnew td ley terjumpe entri ni kt 1 blog.
Tx khai..ak cilok drp blog kau, huahaha...
Moga2 bertambah2 laa phala kau yek, Aminn...
Alkisah senanyer boring coz bru pas abes amali, wohow..
Stlh skian lme, tdor ku meracau bkn2, mandi ala2 aci basah j (sengall) , mkn lak ambik syarat isi perut (latest timbang, aku da trun 4kilo seyh smnjak Projek Seni ni, haiyoh..) , FINALLY, wuhuu!! abes gak projek nih..aku rsew berbaloi gak r usaha kteorg slame nih, huhuu...tx kwn2, tx inchek yg sgt memahami, tx kt sume2 yg bg komen...tx byk3~~~
Ok, ak merapu lg...

Khas bt 'dye' yg brtanya, entri ni akk cilok khas tuk awk...
Hayatilah...


LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. (hoho, sje nk highlight besar2, ngehngehngeh) Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) . Tetapi orang lelaki ada keistimewaan’nya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
PERNAHKAH KITA LIHAT SEBALIKNYA??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat org lelaki suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatan’nya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ” (Ali- Imran:103).


Bt si 'dye' yg brtye...sena nyer, xkre r either lelaki atau pmpuan..msing2 ada kelebihan dan kkurangan sendiri..
Lelaki dijadikan sbg pemimpin tp tgok la plak, btapa besar nyer beban yg dorg kna tggung..
Bersyukurlah kamoo dilahirkn sbg pmpuan..
Llk sbg pemimpin ttp prmpuan laa inspirasi llk..
Kuat lelaki krn prmpuan, lmah llk juga krn prmpuan..
Cintailah llk krn Allah..walaupun prasaan bencimu itu mlebihi rsew cinta yg ada...huuuu....
I wonder...agak2 mnjwb soalan x...???

3 comments:

fizz alpijod said...

pendapat yg sama.
ttp kenape la masih ade lg lelaki yg suke memainkan perasaan perempuan. think~

Miss Kitt said...

sbb dorg xde knowledge laa sis.. akidah lom mantop, camni ke yg bley kte harapkn tuk jd pmimpin?
carilah putera agama kerna itu sebaik-baik penyelamat buat kaum 'lemah' spt kita.

Aisyah Sharif said...

saya pinjam entri awak ya? :)