17 October 2012

apa tu, Abang Koden?


Kimi | kanak-kanak berusia lingkungan 7 tahun
Puksu | bapa Kimi
Koden | sepupu Kimi berusia lingkungan awal 20-an
Tempat kejadian | Rumah Koden


Puksu : Koden, belacan tu apa benda??
Koden : (Terpinga-pinga) Belacan? Belacan..? Belacanlah. Kenapa?
Puksu : Kimi ni..tak sudah-sudah mintak belacan. Dah dua tiga buku belacan kat rumah.

Kurang dua tahun sebelum itu....


Koden makan coklat. Warna coklat tersebut yang berwarna-warni cukup membuatkan Kimi terkinja-kinja ingin tahu apa yang sedang dimakan oleh Koden.

Kimi : Abang Koden... Apa tu, Abang Koden?
Koden : Belacan.
Kimi : Nak sikit, Abang Koden.
Koden : Nah.
Kimi : Mmm sedap la belacan ni, Abang Koden. Nak lagi, Abang Koden.
Koden : Nah.


Cuti sekolah hampir tamat. Kimi pulang ke rumahnya di kawasan perkampungan.

Kimi : Abah, nak belacan...




p/s : kanak-kanak lazimnya menerima seratus peratus apa yang disampaikan oleh orang dewasa. sampaikan yang benar.

0 refleksi:

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa