14 November 2014

tahu apa yang aku paling mahu tentang kau? lupakan kau.


semalam pagi aku bangun dari tidur, aku letak tapak tangan atas kepala. bahagian serebrum. aku raup. aku kumpul semua ingatan aku pada kau. aku pekup kuat-kuat supaya tak tercicir. aku renyukkan. aku gumpalkan. aku letak dalam beg plastik bising. aku ikat mati. aku hidupkan enjin perodua kelisa aku. aku pacu. pada pertengahan jalan, aku buka tingkap, aku humban beg plastik bising yang ada ingatan terhadap kau tadi tu kat atas jalan raya. biar nanti kalau lori simen lalu, lori simen akan gilis sampai hancur lunyai. tiba-tiba ada bunyi hon dari arah belakang. panjang. dan lantang.


"hoi saudari! apa buang sampah merata alam?!"


aku berhentikan kereta di pinggir jalan. aku kutip semula beg plastik bising tu. aku sumbat dalam kocek seluar. aku lintas jalan. aku hela nafas. atas tempat duduk pemandu, aku terpinga-pinga. dari langit hitam, gerimis turun menyuruh aku pulang ke rumah. tak jadi jogging, aku pulas stereng. aku patah balik ke rumah. dah masuk bulan keempat aku cuba buang dan dengan pelbagai cara. hujung-hujung, gagal jugak. itulah sebabnya ingatan terhadap kau tu masih ada pada aku.


darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa