Bagai melukut di tepi gantang.
Bagai semut di tepi lalang.
Sifat manusia, hanya sedar kewujudan sesuatu apabila ianya sudah tiada. Cintailah ibu bapa kita sementara mereka masih mampu menghela nafas dan memerhati kita, masih mampu bercakap dan memarahi kita, masih mampu menggerak-gerakkan tangannya dan mengusap kepala kita ketika kita lena, masih memiliki roh dan jiwa yang setiap waktu mengingati kita. Kita tidak pernah mensyukurinya malah meluat terhadapnya sedangkan anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa mereka amat-amat merindukannya. Ada juga di antara mereka hidup bagai melukut di tepi gantang. Tetapi mereka juga tidak pernah meminta jalan hidup mereka sebegitu. Kerana sesungguhnya kehidupan bukan seperti komputer riba. Kehidupan hadir tanpa jaminan. Mungkin hari ini kita senang. Belum tentu diari esok diconteng perkara yang sama.
p/s : Kepada senior-senior yang aku hormati, harap kalian belajar sesuatu daripada situasi mereka yang malang di rumah titian kasih itu. Kepada teman-teman aku dan juga diri aku sendiri, jangan sesekali menentang kata-kata ibu bapa walaupun adakalanya kita merasakan mereka silap....!
No comments:
Post a Comment