Julai, 20 – Jumaat – 11:30
Selesai sahaja
menghadiri sebuah majlis di dewan besar, cepat-cepat aku keluar meninggalkan
dewan lalu menuju ke kolej kediaman. Di kantin, aku terus capai bekas makanan yang mengandungi makanan tanpa melihat apa isi di dalamnya. Makanan tersebut telah disediakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka khas untuk majlis yang diadakan. Setibanya di bilik,
cepat-cepat aku buka bekas makanan. Aku cuci tangan. Aku makan. Lauk ayam pedas
tidak aku sentuh kuahnya. Sebaliknya aku bersihkan kuah tersebut dengan
mengesatkan ketulan daging ayam pada nasi sehingga ayam benar-benar putih dan
nasi benar-benar merah. Nasi yang telah berwarna, aku asingkan. Lebih kurang
separuh bekas kuantitinya. Aku tidak makan masakan tersebut bukan kerana aku
tidak gemar akan rasa pedas tetapi cirit-birit yang aku alami semenjak dua hari
lepas tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Hampir setiap minit perut aku bagai dipintal-pintal,
ditusuk-tusuk malah disiat-siat. Terasa perut aku seperti dikunyah-kunyah oleh
sesuatu. Atau mungkin seseorang.
Bersambung..
2 comments:
ada parasite . mungkin =)
*memandai je aku :P
ca....cingggg.... gulp! :|
Post a Comment