Julai, 20 - Jumaat - 11:50
Dalam pada
perut memulas, aku terus mengunyah nasi kontang dan daging ayam yang keras
kebatun boleh dibaling ke dinding. Sekadar mengalas perut kerana aku akan
sampai ke JB Sentral pada waktu malam. Mahu melecet esofagus aku dibuatnya.
Baharu luak seperlima nasi tersebut, aku tutup bekas makanan aku sementara
Asiah baharu sahaja membuka bekas makanannya untuk makan. Aku berlari ke tandas. Ekspresi
wajah sewaktu keluar dari tandas tentu sekali perkara yang menimbulkan
persoalan kepada orang sekeliling yang melihat. Macam baharu lepas bertumbuk. Aku
berlari lagi dan sejurus aku sampai di bilik, Asiah telahpun siap. Aku sarung
tudung bawal yang hanya dipin di bahagian leher. Dengan menggenggam dua biji
pin di tangan kanan, aku sandang beg laptop. Berlarilah aku dengan
terhuyung-hayang turun tangga dan mendaki bukit sehingga pada satu tempat
betul-betul di pertengahan bukit, dengan tiba-tiba aku pekik pada Asiah.
“Alamak, beg balik kampung tertinggal!”
Bersambung..
No comments:
Post a Comment