hari ini merupakan
hari sabtu pada bulan lepas. hari terakhir aku berada di Pekan Koboi. hari
terakhir aku bergelar siswi. dan hari terakhir kulit aku dibelai angin bukit
sebelum bayu laut mengucupnya di Kota Duka. hal kedua paling penting aku temui
di Pekan Koboi adalah sekumpulan jiwa yang aku jenamakan sebagai Perisa F.
sebab apa? sebab mereka meletakkan perisa yang lebih baik atau setidak-tidaknya
memberi kesan yang baik dalam kehidupan aku; daripada kehidupan di kampus
sehinggalah secara amnya kehidupan. (tak dibenarkan bertanya tentang hal
pertama.)
Perisa F.
ah-ha! kamu semua tak
akan jumpa perisa ini di mana-mana kedai kek atau roti atau kordial. perisa ini
bukan untuk makanan pun. tetapi untuk kehidupan. lain lah kamu dapat jumpa
kedai kehidupan… yang tu kes lain. banyak perkara mengenai kehidupan, aku
belajar daripada mereka. jatuh bangun aku, mereka yang aku ingat. mereka
individu-individu yang bertanggungjawab mengubah secara total pandangan aku terhadap
‘apa itu sayang?’ walaupun ada antara mereka penyebab air mata duka aku gugur.
walaubagaimanapun,
hari ini hari isnin.
memandangkan tiada fotograf bersama dua jejaka
ini, aku sebat je dari facebook. tak kisah la mereka nak marah ke apa. siapa
suruh letak dalam facebook. lalala~
2 comments:
mintak perasa f tu kekal selamanya eh????
macam tu lah hendaknya, rapunzel...
betul-betul kebetulan nama mereka huruf f. :)
Post a Comment