Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

22 August 2014

tamu hati


kau yang memanggilku indah
sayang kau gapai tiada
dipujuk-pujuk resah
mendamba sabda hikmat

Kayangan...
kunanti saat bersatu.


20 August 2014

kunci mulut.



Kosong kota kata.
Bisu.
Lelah dalam nafas sendiri...


20 November 2013

D.O.A


Sehina mana
sealpa mana
kita pendosa,
tiada benci Allah
selagi kita pulang.

kerna rahmatNya
melebihi segalanya... 

.
.
.

Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)

01 July 2013

This is your paracetamol. Take it, chew and swallow.


Wise says, "people will hate you, rate you, shake you, and break you. But how strong you stand is what makes you". 
 
It's your own principle,
and your own rule, 
make them strong,
 so they'll follow you. 

Be good to yourself. Put back your smile please.

=)

25 October 2011

tentang laki-laki penimbang ikan di tesco bukit indah


laki-laki itu
cakapnya senyap
tawanya senyap
tangisnya senyap.
bukan tiada, cuma senyap.

laki-laki itu
lagu dunianya sesenyap
dia bercakap dengan kita
bila-bila pelanggan
sua barang dagangan untuk ditimbang
lantas ditimbang
bila-bila pelanggan
sua jabat salam atau senyuman
nah, itu jua yang dipantulkan

laki-laki itu
tidak berbohong tidak kelentong tidak 'cong'
kerana dia tidak berbohong dengan suaranya
tapi senyumannya.

tentang isi hatinya, siapa tahu?


p/s : keterpaksaan aku rakam perasaan dengan abjad-abjad Roman ini lantaran ketiadaan kamera.oh ini sudah tidak normal.

24 October 2011

selalunya

kadang-kadang menyampah
tapi, buat tak kisah

kadang-kadang geram
tapi, buat tak faham

kadang-kadang terasa hati
tapi, buat tak reti

kadang-kadang cemburu
tapi, buat tak tau

kadang-kadang rindu
tapi, biar je la dulu

kadang-kadang terfikir
tapi, tak habis fikir

kadang-kadang terluka
tapi, nak buat macam mana

kadang-kadang nak menitis air mata
tapi, tahankan juga

kadang-kadang tu selalu juga.

26 June 2010

tiada tajuk.


Masa!
aku dengar kau boleh merawat luka.
berlalu cepat.
aku mahu esok.

Esok!
tolong jumpakan aku dengan aku.
aku mahu aku versi lama
sebelum aku jadi tengkorak tanpa otak
seperti sekarang.

01 June 2010

pemadam untuk dam dara dam dara


Siapa ada pemadam ajaib?
Boleh beritahu aku di mana boleh aku dapatkannya?
Kalau ada, mahu saja aku padam segala kesalahan yang lalu.

p/s : hey!hey kau!!dunia sudah nazak.dan aku takut menghadapi itu..kau??

28 May 2010

kepada tulang belakang sekalian,

Jangan lemah
kerana aku bergantung dengan kalian.




p/s : kenapa dengan aku dan mereka hari ini? kenapa mesti topik tentang hidup dan mati juga yang kalian ceritakan? kenapa mesti pada waktu yang sama dengan aku? inilah naluri. mungkin.

21 April 2010

Peluang Kedua

maaf-
terlalu selalu disebut
normalnya tiada membawa apa-apa maksud
maaf-
jangan cuma tahu ucap
cuba tahu apa yang diharap
maaf-
kenapa terlalu murah dihargakan
mungkin sahaja boleh dibeli di pasaran
bagi kau yang kontang dengan perasaan.

p/s : aku menanti perubahan setelah perubahan yang awal dahulu kau lakukan.

11 March 2010

kelmarin aku mimpi bulan


Kelmarin aku mimpi bulan
Bulan itu bulat
tepat
jingga
dan besar muka pintu barangkali diameternya

Kelmarin aku mimpi bulan
Bulan itu tidak kelam
cuma suram
tidak pula cerah
dan separas mata rendah

Kelmarin memang aku mimpi bulan.

Tetapi hari ini aku tunggu
beca yang kau ceritakan dahulu
untuk bawa aku ke situ.

05 February 2010

BERIKAN KAMI KEKUATAN...



Kebencian meluap-luap
Mahu dilontarkan kemana aku buntu
Hati menjerit..meraung..menangis..
Tangan-tangan yang kononnya menolong sinis senyum tersungging di bibir
MAKA SYAITANLAH KALIAN!
Bergembira di atas tangisan kami
Bertepuklah jika itu mahu kalian
Pentas belum berakhir
Mungkin hari ini kami bonekanya
Esok ketentuan tak siapa mampu menghalang...

10 January 2010

thank God that i was very busy on those days so that i forgot to think about it...

today
mute.
but her eyes spit the words
tell him that it hurts
her lips only give the cutest smiles
never cry that she becomes tired travelled for miles
in most perfect silence
still he heard the sadest sound of hers
muse.

tomorrow
don't come to apologize
do make me realize
come clean that i am too green
for love to grow inside of me

14 October 2009

.aku.perlu.dia..dia.berlalu.








untuk ini sahaja aku memerlukan bertahun-tahun


aku perlu dia.
sangat-sangat perlu dia.
_
dia tidak perlu aku.
tidak pernah perlu aku.
tidak akan pernah perlu aku.
_
dia berlalu membiarkan aku yang haru
menyeru supaya dia jangan berlalu.
dia yang tidak perlu malah peduli
aku tetap berlalu dalam sunyi.
sepi tiada bunyi.
_
dia yang begitu berharga :
waktu