10 April 2010

dear caffein~


I want sleepless night because I do not want to have a dream about you again.

But caffein really burning deep inside my vein and I can not take it anymore and last night I dreamt that you were behind me with your ultramarine blue shirt and there was no gaps between you and my body.

No. It was not really a dream. It was a nightmare.

08 April 2010

dua ketul objek yang bercas positif itu Pijod dan Zul

Dari Pijod dan Zul

TERIMA KASIH.THANK YOU.DANKIE.SALAMAT KA.KIITOS.MERCI.DANKE.GRAZIE.GRACIAS.


Tujuh perkara tentang aku :
1. Ada tahi lalat pada mata putih.
2. Gigi congkar-mangkir.
3. Kepala besar. (bukan besar kepala)
4. Gila muzik etnik Afrika.
5. Ada tabiat mempenyek-penyekkan kucing.
6. Mengidam stokin hitam yang panjang sampai paras lutut dipakai dengan but hitam potongan tinggi sampai paras lutut.
7. Suka warna neutral (klasik).

Blog cun / kacak :
e


Ada beberapa pekara sebelum saya boleh perasan jadi "Beautiful Blogger".


Syarat-syaratnya ialah:


1. Cakap TERIMA KASIH kat pemberi award sambil link-kan beliau.

2. Bagi kat lima belas (baca:15) blogger yang anda baru je discover dan mereka tu fantastik, bombastik, mr loba-loba :P

3. Kontek mereka yang disebutkan dan bagitau mereka dah menang award

4. Bagitau 7 perkara pasal diri anda.

(tiru dan tampal dari blog Zul)

05 April 2010

cubaan membuat HDR yang tak berapa ada rupa HDR..

p/s : rindu pada bendang dan juga pada organisma pertama yang berjaya meyakinkan aku bahawa bendang itu sesuatu yang positif.indah.

03 April 2010

Seberang Perai


p/s : Refleksi selepas PBS : Setelah menjalani PBS, saya dapati Char Koay Teow adalah suatu objek yang ajaib di utara.

02 April 2010

1 ~ 1 000 000


Sepanjang kita rasa dia baik, kita cakap :
Kamu satu daripada sejuta.

Dan apabila sebenarnya dia bukanlah baik untuk kita, kita akan cakap :
Kamu salah satu daripada mereka yang sejuta itu.

01 April 2010

Sibuk la kau!!!


Aku mahu buat kerja.
Aku mahu sibuk.
Saat ini kesibukkan benar-benar catalyst untuk aku cepat-cepat melupakan kamu.
Sialnya, aku yang sepatutnya sibuk dengan kerja tidak merasai kesibukan.

31 March 2010

hari ini aku banyak berfikir termasuk perkara-perkara yang tidak patut aku fikir

Cukup buat hati membengkak.

p/s : kepada perempuan-perempuan, ini untuk kalian.
kepada kamu, perlukah aku beritahu aku sudah tidak perlu kamu kalau mahu kamu cuma ini?

30 March 2010

serabut alam...! lalala~

sabah
p/s ; hari ini kurang enak.macam cacing.mimpi juga kurang enak.penuh kegelapan dan persoalan,terperangkap.langkah yang sukar. :(

25 March 2010

mas cotek. :P

~Selamat Hari Lahir ke-21~
~Mastura Binti Mohd Sabry a.k.a Makmas~
~Jangan nakal-nakal~
~Cun selamanya~
~Rajin-rajin mandi~

24 March 2010

ilhan~


serius-



Nama : Ilhan Irfan Bin Izmir
Nama manja : Ilhan
Hobi : Suka berkawan
Haiwan kesayangan : Kucing



- Sssssssss...sssssss....ssssss (gaya kucing hutan menyeringai)
~ Awatnya hang lagu tu?
-Gigi saya jatuh.
~ Pasai apa jatuh?
-Makan coklat.


~Hang tak sunyi ka duk soghang-soghang?
-Tak dak aih. Baguih apa duk sini. Buleh balik cepat.
~Balik cepat apa nya.. Hang duk jauh daghi pintu.
-Ha la. Buleh exercise. Ibu saya kata baguih.
~Cikgu sughuh hang duk sini ha?
-Dak.. Saya suka duk sini.



p/s : mendekati kanak-kanak bermasalah juga suatu terapi bagi aku.adakalanya aku dapati mereka lebih mampu mengucapkan perkara-perkara yang positif, memandang sesuatu yang jarang dipandang oleh orang lain dari sudut positif, memikirkan sesuatu ketidakselesaan sebagai sesuatu yang positif, dan lain-lain perkara tentang positif.

22 March 2010

ustaz aku cakap : SENYUM ITU SUATU SEDEKAH


- Umur berapa? (Cuba tarik perhatian)
~ Tulang ayam!! (Dengan nada marah)
:)


Esok-esok kita main calit-calit jari lagi eh.
:)


Peace..
:)

Mereka memang kurang upaya. Tetapi mereka masih mampu 'bersedekah' dan buat orang lain gembira. Mengapa tak aku? Mengapa tak kita?

p/s : PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, PULAU PINANG.

21 March 2010

PBS mula esok!!

1. Jalan-jalan di jalan.
2. Jalan ke Pulau Pinang.
3. Jalan ke sekolah.
4. Jalan di sekolah.
5. Hey! Jalan daa...

p/s : pengalaman pertama ke program Pengalaman Berasaskan Sekolah.mak oii..gelabah gelabah gelabah.huk huk..aku pening.pening.errr..cool~

18 March 2010

mengharap? ptuih!!

masih mahu.
masih perlu.
masih tunggu.
masih tak tahu.
ah! persetankan.

sudah ungu.
sudah lesu.
sudah dungu.
sudah tak tahu.
ah! persialkan.

17 March 2010

jalang-jalang malang-malang. errr...




"Rotan tiada, akar kayu pun berguna juga." alas meja la..hehe


BUKAN KELOPAK HIJAUMU


LAMBAIAN MALAM. eh,lain maksud tu..

p/s : pergi jalan-jalan ke rumah saudara.rumah dia kan, banyak pokok bunga tau.. (~_^)

16 March 2010

izinkan aku menelan walau secebis daripada kepahitan yang kamu rasa...

MELATI







p/s : aku masih di sini.belum ke mana-mana lagi.tahan aku sebelum aku lari.

14 March 2010

......... :(

SABARLAH MENAHAN KEMARAHAN.
Bukan marah menahan sisa kesabaran.

11 March 2010

kelmarin aku mimpi bulan


Kelmarin aku mimpi bulan
Bulan itu bulat
tepat
jingga
dan besar muka pintu barangkali diameternya

Kelmarin aku mimpi bulan
Bulan itu tidak kelam
cuma suram
tidak pula cerah
dan separas mata rendah

Kelmarin memang aku mimpi bulan.

Tetapi hari ini aku tunggu
beca yang kau ceritakan dahulu
untuk bawa aku ke situ.

10 March 2010

entah tak tahu nak letak tajuk apa... knwbjbxvsjxfcdusy

Manusia yang mengecewakan + fizikal yang mengecewakan = tukang taip kecewa. Mahu butir-butir pelega sakit yang misi panggil ubat. Mahu tidur. Mahu lupa semua. Mahu tidur dan mahu lupa semua. Tetapi bimbang lupa semuanya waima siapa tukang taip itu sendiri.

09 March 2010

diam dan lihat

Katup mulut lalu hasilkan diam.
Buka mata lalu lihat muslihat.