16 February 2012
09 February 2012
terlalu kebetulan.
selepas beberapa minggu cubaan membunuh rasa rindu, tiba-tiba semalam ada yang bertanya tentang aku. dan selepas beberapa hari mengulang lagu evergreen yang telah diterjemah kepada tiga puluh tiga bahasa ni, semalam ada yang mendengar juga.
biarlah 'ada' tu terus ada.
26 January 2012
23 January 2012
susahnya untuk tidak jadi pemarah kebelakangan ini.
[sedang membalas mesej-mesej sifar penting. mesej hambar.]
selepas sebutir biji limau,
sebutir lagi dia lontar ke dalam baju kemeja kolar yang aku pakai.
terasa biji limau melurut dari leher ke dada.
tersangkut pada baju dalam.
kali kedua dia lontar,
sasaran masih tepat.
berserta arahan.
"hey, cepatlah. kita nak pergi rumah cik nor."
(nada rendah tetapi menggesa)
kali kedua dia lontar tadi sudahpun buat aku rasa ini sangat melampau.
jawapan yang paling sesuai adalah dengan memaki.
tapi aku tak beri jawapan yang aku kata paling sesuai tu.
"tak nak lah!!"
(menengking)
"kau cuti berapa hari."
"kau cuti kau tak melawat sedara-mara kau."
(nada masih rendah)
"sedara kau, bukan sedara aku."
(cuma dalam hati)
dia masih lontar untuk kali ketiga.
kali ini sasaran melencong.
aku pungut, aku rejam semula ke arah dia.
aku tarik muka masam.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
trett..! trett..!
satu mesej masuk ke peti masuk mesej.
'siapa nama penuh awak?'
'afiqah si pemarah.'
p/s : phyca antares.......maaf.aku mungkiri janji aku untuk tidak tinggikan suara pada orang tua aku lagi.beri aku kekuatan ya Allah supaya aku sentiasa sabar.
p/s : phyca antares.......maaf.aku mungkiri janji aku untuk tidak tinggikan suara pada orang tua aku lagi.beri aku kekuatan ya Allah supaya aku sentiasa sabar.
12 January 2012
to look into her smile is a bliss.
i'm up on cloud number 9.
but as time goes by, people discover another higher cloud which is noctilucent cloud (250,000 to 280,000 feet).after this, maybe i have to say "i'm up on noctilucent" to describe how blissful i am to iphone-age human being so they can understand.
forgive me if i'm wrong. good-day thursday. :)
p/s :
actually, the ninth cloud was cumulonimbus.it's a vertically developed clouds which formed at an altitude of about 500 to 13,000 feet but in extreme cases, its peak can reach up to 75,000 feet.it was the highest a cloud can reach.
this is the largest of clouds; usually extending through all three cloud regions when vertically developed.all other clouds are dwarfed even compared to small cumulonimbus clouds.there are several number of cumulonimbus species.check this thing out..
this is the largest of clouds; usually extending through all three cloud regions when vertically developed.all other clouds are dwarfed even compared to small cumulonimbus clouds.there are several number of cumulonimbus species.check this thing out..
1. Cumulonimbus Arcus
2. Cumulonimbus Calvus
3. Cumulonimbus Capillatus
4. Cumulonimbus Incus (subtype of Cumulonimbus Capillatus)
5. Cumulonimbus Mammatus
6. Cumulonimbus Pannus
7. Cumulonimbus Pileus
8. Cumulonimbus Praecipitatio
9. Cumulonimbus Tuba
10. Cumulonimbus Velum
11. Cumulonimbus Virga
but as time goes by, people discover another higher cloud which is noctilucent cloud (250,000 to 280,000 feet).after this, maybe i have to say "i'm up on noctilucent" to describe how blissful i am to iphone-age human being so they can understand.
forgive me if i'm wrong. good-day thursday. :)
28 December 2011
for a lost confidant;
i'm both still loving you and still standing here waiting.
23 December 2011
nama aku entah yang ke-berapa........
.......... ada dalam senarai hati kau.
daripada duduk barisan belakang, ada baiknya aku sendiri yang keluar. itupun kalau kau perasan ketiadaan aku lepas ni. tapi..perasan atau tak, tak guna aku persoalkan. aku dah tak peduli. pergi mati.
18 December 2011
10 December 2011
16 November 2011
ini sebuah artikel yang tak mencapai tujuan ia dijadikan
ayat yang kamu semua sedang baca ni boleh aku katakan sebagai sekerat ayat yang berjaya; berjaya ditaip dan dipos. berjaya dalam kalangan berpuluh-puluh huruf lagi yang cuba mengatur diri menjadi sekerat ayat untuk muncul di skrin.
entah ke-berapa kali aku cuba terjemahkan gambaran mental aku menjadi sekerat ayat. malangnya figura-figura tersebut hanya leka bermain-main di depan sepasang mata aku. secara maya. macam sebuah tayangan multimedia yang selalu aku buat untuk pementasan teater. bezanya, tayangan kali ni ada jisim. berat! semakin bertukar episod, semakin bertambah jisimnya.
ya Allah.......................................
tak ada tempat lain untuk aku minta kekuatan. ya Allah, planet ni perlu seseorang super genius mencipta suatu makanan tambahan untuk kekuatan hati. supaya hati-hati manusia yang rapuh macam hati aku tak wujud lagi.
aku cuba lagi untuk menekan-nekan kekunci berlabel huruf-huruf roman ni, tapi aku lebih kepada menekan kekunci yang ada label
<---backspace <---backspace dan <---backspace
<---backspace <---backspace dan <---backspace
ok <---backspace.
15 November 2011
sedang sibuk...
...menjaga hati sendiri.
p/s : phyca antares, ini bukan kali pertama. belajar jadi serik untuk menolong orang yang tak pernah ada simpati untuk menolong kau semula! boleh?
25 October 2011
tentang laki-laki penimbang ikan di tesco bukit indah
laki-laki itu
cakapnya senyap
tawanya senyap
tangisnya senyap.
bukan tiada, cuma senyap.
laki-laki itu
lagu dunianya sesenyap
dia bercakap dengan kita
bila-bila pelanggan
sua barang dagangan untuk ditimbang
lantas ditimbang
bila-bila pelanggan
sua jabat salam atau senyuman
nah, itu jua yang dipantulkan
laki-laki itu
tidak berbohong tidak kelentong tidak 'cong'
kerana dia tidak berbohong dengan suaranya
tapi senyumannya.
tentang isi hatinya, siapa tahu?
p/s : keterpaksaan aku rakam perasaan dengan abjad-abjad Roman ini lantaran ketiadaan kamera.oh ini sudah tidak normal.
24 October 2011
selalunya
kadang-kadang menyampah
tapi, buat tak kisah
kadang-kadang geram
tapi, buat tak faham
kadang-kadang terasa hati
tapi, buat tak reti
kadang-kadang cemburu
tapi, buat tak tau
kadang-kadang rindu
tapi, biar je la dulu
kadang-kadang terfikir
tapi, tak habis fikir
kadang-kadang terluka
tapi, nak buat macam mana
kadang-kadang nak menitis air mata
tapi, tahankan juga
kadang-kadang tu selalu juga.
tapi, buat tak kisah
kadang-kadang geram
tapi, buat tak faham
kadang-kadang terasa hati
tapi, buat tak reti
kadang-kadang cemburu
tapi, buat tak tau
kadang-kadang rindu
tapi, biar je la dulu
kadang-kadang terfikir
tapi, tak habis fikir
kadang-kadang terluka
tapi, nak buat macam mana
kadang-kadang nak menitis air mata
tapi, tahankan juga
kadang-kadang tu selalu juga.
20 October 2011
12 October 2011
11 October 2011
aku.ayah.teman.
sepatutnya aku ikut firasat ayah aku. bukan akal aku. akal aku, kadang-kadang silap membuat keputusan. banyak dipengaruhi emosi. luar dari logik. tapi firasat ayah aku tak pernah silap. selama ni aku hidup dengan firasat dia. firasat dia umpama kompas untuk aku terus berjalan. cuma kali ni saja aku lari. aku ego. aku lari dari menerima firasat dia. dan kau tahu? aku jatuh! kali ni aku jatuh.
sepatutnya aku belajar dari kesilapan.
sepatutnya aku ingatkan kau, teman.
p/s : maafkan pika, ayah. maafkan aku, teman. sekarang aku faham apa itu kecewa dengan diri sendiri. terima kasih kepada dayah untuk foto asal aku yang ni.
aku hairan
aku hairan kenapa manusia memilih untuk mendengar hanya daripada satu mulut,
sedangkan mereka diberi dua belah telinga.
aku hairan kenapa manusia memilih untuk memandang hanya pada satu sudut,
sedangkan mereka diberi dua belah mata.
p/s : kau memang boleh aku panggil kawan pasal kau tak termasuk dalam manusia yang aku maksudkan. senyum sikit. :)
06 October 2011
serba salah.....
aku : kawan, kau boleh cari. mak, kau nak cari kat mana?? utamakan yang utama.
dia : aku tak nak hilang dua-dua. tamak sangat ke aku cuma nak kawan yang baik dan seorang emak? kenapa aku kena pilih.
aku : ok. kau layak untuk dua orang terpenting dalam hidup kau. tapi kau kena realistik. you win some, you lose some.
dia : or they lose me..
maafkan aku..
25 September 2011
usaha.......waktu
| perkara yang tetap ditunggu manusia walaupun tak pernah nampak ialah waktu. |
sudah banyak hari aku nampak usaha kamu memperbetul keadaan. usaha kamu untuk memulakan semula apa yang pernah kamu hentikan; perkenalan kita. jadi, tolong kemaskini laman ini kalau kamu betul-betul berusaha kerana laman ini laman bersama. laman ini perlu kamu walaupun tak sebanyak perlunya kamu bagi aku. aku tetap tunggu kamu dan waktu.
02 September 2011
1 syawal.

mungkin masih belum terlambat untuk aku ucap salam aidilfitri kepada semua penulis blog yang beragama islam daripada pengikut aku sehingga kepada silent reader yang setia serta aku mohon kepada kalian supaya ctrl+alt+del semua data tentang kesalahan aku selama kita kenal walaupun tak pernah bersua muka tetapi mungkin ada yang terguris hati atau kata yang lebih mudah ialah menyampah dengan tulisan buruk aku kat blog ni dan maafkan aku juga kerana entri ni terlalu panjang untuk dibaca satu nafas tanpa koma dan noktah di pertengahannya.
(aku tak suruh pun kau baca dalam satu nafas. pandai-pandailah letak jeda sendiri.haha..)
p/s : flying kiss untuk ayah sebab jadi jurufoto aku masa kecik-kecik.hihi..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)








