19 March 2014

Monolog ini datangnya separuh daripada hati - yang moga-moga sahaja masih suci bersih.

Apabila hati makin jauh,
maka ujian Dia titipkan.

Sengaja...,

Moga sahaja sedar...,
Kau tak menjunjung langit.
Tidak juga menongkat bumi.

Moga sahaja sedar...,
Sesuatu terjadi bukan atas kehendak kau.
Dia atur semua.

Ketuk hati dengan ujian itu kan,
petanda.
Bersyukur sahajalah kau Dia masih sayang.

...

Lumrah manusia yang konon beragama.
Campak bila leka, kembali bila luka.

No comments: