pernah kau rasa mahu menangis? benar-benar mahu menangis? tapi tak boleh menangis. sebab terlalu takut sampai tak boleh menangis. kau cuba pekik, kerongkong kau yang tercekik. apa pun atau kuat macam mana pun kau pekik, jangan kata orang lain, kau sendiri tak akan dengar. yang kau dengar, bunyi echo suara orang lain menyebut nama tuhannya saat-saat ajal dia tiba.
menyebut nama tuhannya. melaung nama tuhannya. kemudian terpekik-pekik merintih meraung memanggil nama tuhannya!
menyebut nama tuhannya. melaung nama tuhannya. kemudian terpekik-pekik merintih meraung memanggil nama tuhannya!
berhenti.
resume suara orang terpekik-pekik.
berhenti semula.
resume lagi.
resume pula visual gambar bergerak apa pekerjaan buruk yang kau dah buat sepanjang kau bernafas atas dunia ni. senang cerita, dosa. bunyi orang terpekik-pekik tadi seterusnya bercampur-baur bunyi hingar-bingar - hiruk-pikuk - gegak-gempita. entah apa perilaku suasananya.
surreal.
kepala kau celaru, dada kau tepu. kau kaku. lidah kau kelu. kau kehabisan perkataan. punya banyak perkataan wujud dalam dunia ni tapi akhirnya yang terdaya kau sebut cuma satu-
nama tuhan kau.
No comments:
Post a Comment