Sejurus melepasi pintu penghadang itu, setitis demi setitis air mata merembes. Laju menuruni pipi. Sebak cukup menguasai rasa. Aku tercari-cari di mana dia yang baru kutemui lewat sembilan jam yang lalu. Kotak plastik segi empat lutsinar satu demi satu aku lepasi dengan hati yang runtun. Tiub berselirat yang menemani setiap kotak berisi tersebut menambah rasa cemas dan sebak di dalam hatiku.
"Abang... Dia mana...?"
Sang suami senyum. Tangannya setia menolak kerusi roda sambil meramas lembut bahuku.
"Sabar ummi...Nuu, tak jauh dah."
Aku buru-buru bangkit daripada kerusi roda sebaik sahaja sang suami menghentikan tolakannya. Perlahan-lahan aku berjalan ke satu kotak terbuka. Alhamdulillah, tiada tiub. Laju sahaja air mataku merembes. Aku sentuh dia berhati-hati. Aku tatap rupanya. Aku amati setiap inci fizikalnya. Indah... Tiada kata untuk menggambarkan seluruh rasa yang bertakung dalam jiwaku kala ini. Sang suami menggenggam erat tanganku. Diseka pipiku lembut. Sempat sekilas itu kukalih mataku memandangnya. Ada air jernih di bucu sepasang mata itu. Berserta senyuman...
0605.
9 Disember 2015.
Terima kasih Ya Tuhan di atas kurnia.
=')