20 November 2013

D.O.A


Sehina mana
sealpa mana
kita pendosa,
tiada benci Allah
selagi kita pulang.

kerna rahmatNya
melebihi segalanya... 

.
.
.

Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)

15 November 2013

pergi mati sama simpati. bhg2

12 November 2013


jangkaan aku benar sebagaimana mimpi pada malam tadi. walaupun sudah berkali-kali aku minta rakanku untuk menyediakan ruang di dalam keretanya untuk aku, supaya aku boleh membawa barang-barang pindah dari sini, tetap aku gagal mendapatkannya. ruang untuk aku cukup untuk beberapa beban dan tidak setimpal dengan kos yang aku dahulukan. aku senyapkan diri buat seketika menahan diri daripada mempertikaikan hak mutlaknya.

"suka hati dia la kereta dia...", suara dari dalam kotak kepala aku cuba memujuk.

kekecewaan ini bukan pertama kali aku rasakan. sudah berkali-kali. akhirnya hari ini aku serik. jemu aku meminta pertolongan daripada dia yang pada mulanya aku label sebagai kawan. selepas petang tadi, aku rasa dia bukan. di mana silapnya? tentulah daripada diri aku sendiri yang tidak berdikari dan mengharapkan orang lain untuk membantu. mungkin aku boleh beli perkhidmatan dia dengan ringgit malaysia tetapi mustahil untuk membeli simpati kerana orang yang mempunyai empati sahaja mampu memberikan simpati. walau apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. aku tahu kenyataan ini klise yang keterlaluan. namun, itulah hakikat kehidupan yang wajib atau lebih hitler lagi disebut terpaksa bagi setiap manusia untuk menerimanya. hari ini aku belajar bahawa hidup mengharapkan simpati berbeza sedikit sahaja daripada mati. 

23:30 malam, aku dikhabarkan bahawa kereta dia rosak dalam perjalanan. aku masih marah dia tetapi tetap berdoa supaya urusan dia Allah permudahkan dan semoga dia dilindungiNya daripada bahaya malam. dalam masa yang sama, ayah hubungi aku mengatakan bahawa dia akan jemput aku di kampus untuk kembali ke rumah.

14 November 2013

pergi mati sama simpati.


12 November 2013


apabila aku buka mata, aku berada di suatu tempat yang sangat asing. tempat itu namanya Simpati. tempat itu tercemar, penuh debu tanah merah, dan kelihatan seolah-olah kawasan kuari atau kawasan pembinaan bangunan. cuma kesan pencahayaannya malap seperti dalam belukar.

aku dihantar ke Simpati untuk membuat apa-apa permohonan barang kerana khabarnya di situlah tempat termasyhur yang boleh diharapkan bagi manusia-manusia kurang berada memohon hal-hal kebendaan. namun, entah kenapa di situ aku tidak dihiraukan dan akhirnya aku pulang dengan hampa. barang yang aku dapat, hampas. tak berbaloi dengan kesengsaraan yang aku laburkan untuk berada di situ. datang aku ke situ bukan dengan pilihan. pulang aku pula dengan keterpaksaan. aku berlari menyelamatkan diri setelah aku sedar tempat tersebut berbahaya dan kurang sesuai bagi seorang budak perempuan macam aku. hmm macam aku. kau faham la kalau kau kenal aku. tiba-tiba, entah keluar dari ceruk mana, ada sebuah kereta muncul di pinggir jalan. di dalamnya, aku nampak keluarga aku telah sedia menanti. aku berlari mendapatkannya. aku buka pintu dengan kasar. aku masuk. aku tutup kemas-kemas. aku berasa lega sewaktu kereta membuat pusingan U kerana aku tahu aku akan pulang ke rumah.

*****************************************************

sekali lagi aku buka mata, aku gapai telefon mobail. jam menunjukkan 06:27. lagi tiga minit, penggera akan memekik-mekik memaksa aku bangkit dari tilam. aku masih gelisah walapun peristiwa tadi cuma mimpi kerana mimpi aku sentiasa membawa alamat. alamat supaya aku mempersiapkan mental sekental waja. ah! 

12 November 2013

marah



banyak orang menangis kerana duka.
banyak juga orang menangis kerana kecewa.
ada orang menangis kerana terharu gembira.
ada yang kerana terkejut. ada yang takut.
menangis aku hari ini kerana marah.

rasa marah ni eh kawan-kawan, kita kena tahan. kena kawal. kalau marah, kena diam. supaya tak terlepas cakap perkara atau perkataan yang tak sewajarnya. kena pergi dari sesuatu tempat kita berada semasa kita marah tu. kalau tak, haa jadilah pasu bunga terbang ke kepala kau nanti. pasu tu dengan muka kau sekali sama hancur-lodoh.

11 November 2013

lima


lima tahun lima bulan sudah berlalu.
termasuk hari ini, ada cuma lima hari lagi.
betapa waktu sangat taat pada perintah Penciptanya.


tinggal lagi lima hari tetapi aku masih gagal hubungi dia
padahal aku cuma nak bagitahu dia
yang aku akan tinggalkan tempat ini
walaupun sudah dua tahun
dia terlebih dahulu telah tinggalkan aku bersama-sama tempat ini
tanpa bagitahu kedua-dua aku dan tempat ini.
fuh!

04 November 2013

12 days to go and it's goodbye Cowboy Town.


Avril Lavigne - Mobile

Went back home again
This sucks, gotta pack up and leave again
Say goodbye to all my friends
Can't say when I'll be there again

It's time now to turn around
Turn my back on everything
Turn my back on everything

Everything's changing when I turn around
All out of my control, I'm a mobile
Everything's changing when I turn around
All out of my control, I'm a mobile

Start back at this life
Stretch myself back into the vibe
I'm waking up to say I've tried
Instead of waking up to another TV Guide

It's time now to turn around
Turn and walk on this crazy ground

Everything's changing when I turn around
All out of my control, I'm a mobile
Everything's changing out of what I know
Everywhere I go, I'm a mobile
I'm a mobile

Hangin' from the ceiling,
life's a mobile
Spinning around with mixed feelings,
crazy and wild
Sometimes I wanna scream out loud

Everything's changing everywhere I go
All out of my control
Everything's changing everywhere I go
Out of what I know

Everything's changing when I turn around
All out of my control, I'm a mobile
Everything's changing out of what I know
Everywhere I go, I'm a mobile
Everywhere I go, I'm a mobile

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa