31 March 2010

hari ini aku banyak berfikir termasuk perkara-perkara yang tidak patut aku fikir

Cukup buat hati membengkak.

p/s : kepada perempuan-perempuan, ini untuk kalian.
kepada kamu, perlukah aku beritahu aku sudah tidak perlu kamu kalau mahu kamu cuma ini?

30 March 2010

serabut alam...! lalala~

sabah
p/s ; hari ini kurang enak.macam cacing.mimpi juga kurang enak.penuh kegelapan dan persoalan,terperangkap.langkah yang sukar. :(

25 March 2010

mas cotek. :P

~Selamat Hari Lahir ke-21~
~Mastura Binti Mohd Sabry a.k.a Makmas~
~Jangan nakal-nakal~
~Cun selamanya~
~Rajin-rajin mandi~

24 March 2010

ilhan~


serius-



Nama : Ilhan Irfan Bin Izmir
Nama manja : Ilhan
Hobi : Suka berkawan
Haiwan kesayangan : Kucing



- Sssssssss...sssssss....ssssss (gaya kucing hutan menyeringai)
~ Awatnya hang lagu tu?
-Gigi saya jatuh.
~ Pasai apa jatuh?
-Makan coklat.


~Hang tak sunyi ka duk soghang-soghang?
-Tak dak aih. Baguih apa duk sini. Buleh balik cepat.
~Balik cepat apa nya.. Hang duk jauh daghi pintu.
-Ha la. Buleh exercise. Ibu saya kata baguih.
~Cikgu sughuh hang duk sini ha?
-Dak.. Saya suka duk sini.



p/s : mendekati kanak-kanak bermasalah juga suatu terapi bagi aku.adakalanya aku dapati mereka lebih mampu mengucapkan perkara-perkara yang positif, memandang sesuatu yang jarang dipandang oleh orang lain dari sudut positif, memikirkan sesuatu ketidakselesaan sebagai sesuatu yang positif, dan lain-lain perkara tentang positif.

22 March 2010

ustaz aku cakap : SENYUM ITU SUATU SEDEKAH


- Umur berapa? (Cuba tarik perhatian)
~ Tulang ayam!! (Dengan nada marah)
:)


Esok-esok kita main calit-calit jari lagi eh.
:)


Peace..
:)

Mereka memang kurang upaya. Tetapi mereka masih mampu 'bersedekah' dan buat orang lain gembira. Mengapa tak aku? Mengapa tak kita?

p/s : PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, PULAU PINANG.

21 March 2010

PBS mula esok!!

1. Jalan-jalan di jalan.
2. Jalan ke Pulau Pinang.
3. Jalan ke sekolah.
4. Jalan di sekolah.
5. Hey! Jalan daa...

p/s : pengalaman pertama ke program Pengalaman Berasaskan Sekolah.mak oii..gelabah gelabah gelabah.huk huk..aku pening.pening.errr..cool~

19 March 2010

back to 2000, watching 1985..

Mahu tengok cerita Alice in Wonderland seperti masa darjah 4 dulu....


18 March 2010

mengharap? ptuih!!

masih mahu.
masih perlu.
masih tunggu.
masih tak tahu.
ah! persetankan.

sudah ungu.
sudah lesu.
sudah dungu.
sudah tak tahu.
ah! persialkan.

17 March 2010

jalang-jalang malang-malang. errr...

SEXY BACK. hahahahaha~

"Rotan tiada, akar kayu pun berguna juga." alas meja la..hehe

BUKAN KELOPAK HIJAUMU

LAMBAIAN MALAM. eh,lain maksud tu..

p/s : pergi jalan-jalan ke rumah saudara.rumah dia kan, banyak pokok bunga tau.. (~_^)

16 March 2010

izinkan aku menelan walau secebis daripada kepahitan yang kamu rasa...

MELATI







p/s : aku masih di sini.belum ke mana-mana lagi.tahan aku sebelum aku lari.

14 March 2010

......... :(

SABARLAH MENAHAN KEMARAHAN.
Bukan marah menahan sisa kesabaran.

11 March 2010

kelmarin aku mimpi bulan


Kelmarin aku mimpi bulan
Bulan itu bulat
tepat
jingga
dan besar muka pintu barangkali diameternya

Kelmarin aku mimpi bulan
Bulan itu tidak kelam
cuma suram
tidak pula cerah
dan separas mata rendah

Kelmarin memang aku mimpi bulan.

Tetapi hari ini aku tunggu
beca yang kau ceritakan dahulu
untuk bawa aku ke situ.

10 March 2010

entah tak tahu nak letak tajuk apa... knwbjbxvsjxfcdusy

Manusia yang mengecewakan + fizikal yang mengecewakan = tukang taip kecewa. Mahu butir-butir pelega sakit yang misi panggil ubat. Mahu tidur. Mahu lupa semua. Mahu tidur dan mahu lupa semua. Tetapi bimbang lupa semuanya waima siapa tukang taip itu sendiri.

09 March 2010

diam dan lihat

Katup mulut lalu hasilkan diam.
Buka mata lalu lihat muslihat.

08 March 2010

belajar bersyukur..

Bagai melukut di tepi gantang.
Bagai semut di tepi lalang.

Sifat manusia, hanya sedar kewujudan sesuatu apabila ianya sudah tiada. Cintailah ibu bapa kita sementara mereka masih mampu menghela nafas dan memerhati kita, masih mampu bercakap dan memarahi kita, masih mampu menggerak-gerakkan tangannya dan mengusap kepala kita ketika kita lena, masih memiliki roh dan jiwa yang setiap waktu mengingati kita. Kita tidak pernah mensyukurinya malah meluat terhadapnya sedangkan anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa mereka amat-amat merindukannya. Ada juga di antara mereka hidup bagai melukut di tepi gantang. Tetapi mereka juga tidak pernah meminta jalan hidup mereka sebegitu. Kerana sesungguhnya kehidupan bukan seperti komputer riba. Kehidupan hadir tanpa jaminan. Mungkin hari ini kita senang. Belum tentu diari esok diconteng perkara yang sama.

p/s : Kepada senior-senior yang aku hormati, harap kalian belajar sesuatu daripada situasi mereka yang malang di rumah titian kasih itu. Kepada teman-teman aku dan juga diri aku sendiri, jangan sesekali menentang kata-kata ibu bapa walaupun adakalanya kita merasakan mereka silap....!

01 March 2010

_

CARA MUDAH MELUPAKAN KESILAPAN ORANG LAIN :
MENGINGATI KESILAPAN DIRI SENDIRI


p/s : 1. imbas kembali
2. belum boleh terima saiz kepala aku macam tu.hahaha.
3. manisnya~
4. senyum :)
5. manusia berubah!
6. sakit....tapi tak mengapa.

darjah

catatan

 
bloggerbukan.gila.kuasa