25 September 2011

usaha.......waktu

perkara yang tetap ditunggu manusia walaupun tak pernah nampak ialah waktu.
sudah banyak hari aku nampak usaha kamu memperbetul keadaan. usaha kamu untuk memulakan semula apa yang pernah kamu hentikan; perkenalan kita. jadi,  tolong kemaskini laman ini kalau kamu betul-betul berusaha kerana laman ini laman bersama. laman ini perlu kamu walaupun tak sebanyak perlunya kamu bagi aku. aku tetap tunggu kamu dan waktu.

09 September 2011

______________ (isikan tempat kosong untuk tajuk yang sesuai.)

1. semakin kurang masa untuk menembak.

2. semakin hilang fokus.
3. semakin susut tahap kesihatan.
4. semakin turun berat badan.
5. semakin surut duit untuk berfoya-foya. (perlu ke pertikaikan?)

*sedang melalui penurunan pada graf kehidupan. kui kui kui...

p/s : sudah rindu sama tukang tangkap gambar aku yang ni. :'-)

02 September 2011

1 syawal.


mungkin masih belum terlambat untuk aku ucap salam aidilfitri kepada semua penulis blog yang beragama islam daripada pengikut aku sehingga kepada silent reader yang setia serta aku mohon kepada kalian supaya ctrl+alt+del semua data tentang kesalahan aku selama kita kenal walaupun tak pernah bersua muka tetapi mungkin ada yang terguris hati atau kata yang lebih mudah ialah menyampah dengan tulisan buruk aku kat blog ni dan maafkan aku juga kerana entri ni terlalu panjang untuk dibaca satu nafas tanpa koma dan noktah di pertengahannya.
(aku tak suruh pun kau baca dalam satu nafas. pandai-pandailah letak jeda sendiri.haha..)

p/s : flying kiss untuk ayah sebab jadi jurufoto aku masa kecik-kecik.hihi..:)

01 September 2011

usia, ilmu dan hati.


-petikan drama Il Sapore Del Grano-
-LORENZO (CIKGU)-
-AWEK LORENZO-
-DUILIO (MURID LELAKI LORENZO)-
Awek : ada poskad untuk kamu. siapa Duilio? kawan?
Lorenzo : ya. ya, kawan baik aku. dan baru dua belas tahun.
Awek : salah seorang daripada murid yang kamu ajar?
Lorenzo : tak. dia seseorang yang ajar aku segala-galanya.
***************************************************
pertama, letak ego kau kat telapak kaki. kedua, cuba menjadi kawan orang yang jauh lebih muda daripada kau. ketiga, beri peluang kepada orang yang lebih muda itu untuk bersuara. keempat, belajar pertimbangkan pendapat orang yang lebih muda. kelima, selepas semua perkara di atas, kau akan tahu; usia bukan satu-satunya faktor penentu darjat seseorang. tetapi ilmu dan hati itu jauh lebih penting. faham tak?? jangan nak berlagak sangatlah jadi cikgu....

p/s : terima kasih ella untuk foto aku asal.

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa