28 February 2010

papaitupil. (tak ada dalam kamus pun...)



Perasaan : Bercampur-aduk macam ABC tapi tak sedap. Ptuih!

na na na na na..Bunyi lagu nada dering yang buruk dan selayaknya dicarut.

Ayah : Hello.
Itan : Hello. Assalamu'alaikum.
Ayah : Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Itan : (Gelabah) Err baru keluar dari tandas..err Ayah buat apa? (Aku cuba tanya soalan yang aku sendiri menyampah berserta malas nak jawab kalau ada orang tanya.)
Ayah : Tengah siapkan IP (investigation paper).
Itan : Ooh.. Ayah sibuk? Tak apa lah. Buat la.
Ayah : Ayah nak buat. Tapi Si Jeri ni bersin kat kaki Ayah.
Itan :(Mula ketawa).(Memandangkan itu panggilan ketujuh selepas enam panggilannya tak aku jawab kerana berada di tandas, aku fikir ada sesuatu yang sangat penting ingin dia beritahu! Barangkali. Lalu....) Ada apa Ayah telefon? Ayah nak cakap apa tadi??
Ayah : Tak ada nak cakap apa-apa. Tu je Ayah nak cakap. Kucing bersin kat kaki Ayah.
Itan : Hahahahahahahaha
Ayah : Mak ada dalam bilik......................
Itan : Hahahahahahahaha
Ayah : Si Asrap tengah siram pok................
Itan : Hahahahahahahaha
Ayah : Ok lah. Ayah nak pergi kedai. Beli pa....
Itan : (Masih dengan haha nya)

Hahahaha.... Ayah telefon aku semata-mata nak beritahu kucing bersin dekat kaki dia? Hahaha aku tak boleh terima! Rasa nak melecet ginjal aku ketawa. Hahahahaha....

Ok lah. Tak kelakar pun. Bagi kamu. Bagi aku, setiap kata-katanya serupa pil-pil ubat. Ayah sebaik-baik terapi untuk aku.

:)

27 February 2010

sepi dan pembohongan

Umpama bercakap dengan gambar statik, statik. Tiada tindakbalas. Sepi.

"Setiap tindakan ada tindakbalas." Siapa cakap? Kau? Dia? Mereka? Ayuh mengaku!

Itu sesungguhnya suatu pembohongan bagi si sepi.

26 February 2010

entri bagi tujuan komersial. ;P

Maaf cakap... Pada aku, adalah suatu kesilapan apabila teater ini pernah diberhentikan pementasannya suatu ketika dulu. Sebuah teater yang penuh simbolisme dalam menyusun perjalanan ceritanya. Lihat dengan mata hati. Selamat menonton, semua. (amaran : tidak sesuai untuk kanak-kanak. ;P)

25 February 2010

bila ternampak kamera......

...pak cik mak cik jadi malu duduk berdua-duaan,
;P

budak-budak jadi tak tahu malu bergasak-gasak merebut tumpuan.
:)

24 February 2010

aku suka bunga putih

SANTALIA

p/s : hari yang kurang bahagia~

23 February 2010

Uccuk cures..

Zaman muda-muda Uccuk.


Hobi terbaru : Tidur menghadap dinding.
Kebarangkalian mimpi indah lebih tinggi mungkin. Mahu cuba?


Shelter terbuka. Menyorok daripada musuh. ;)

22 February 2010

belajar menelan benda pahit..

Celik, lalu kita akan nampak bermacam-macam perkara di hadapan kita. Sedangkan kosong juga adalah perkara. Pejam, lalu kita akan nampak lebih bermacam-macam lagi perkara. Mungkin sesuatu yang tidak terlihat malah terfikir oleh orang lain. Celik dan pejam, lalu kita tak akan mampu untuk melihatnya sedangkan ia berada betul-betul di hadapan kita. Ya. MASA. Siapa di antara kita mampu melihat masa depan? Kau? Mustahil. Aku? Mustahil kuasa dua. Banyak sudah kejadian-kejadian yang terjadi dengan menjadi-jadi. Lambakan graduan IPT menganggur dan kemelaratan hidup supermodel yang dulunya cantik menggiur. Mungkin sekarang senang. Siapa tahu tentang masa akan datang? Dan juga sebaliknya. Mungkin pucuk betik itu pahit rasanya. Namun, tidak bagi orang yang telah terbiasa. Mungkin melakukan sesuatu yang tidak kita ingini atau paling tidak kita ingini adalah pahit. Namun, cubalah belajar untuk menelannya. Lali membuatkan seseorang mampu menghadapi semua perkara yang berlaku,berlalu. Mungkin itulah penawarnya nanti.

p/s: huhu.macam mana nak susun ayat yang matang ni... :(
kepada gadis bilik sebelah : maaflah.mulut aku memang kurang ajar.tapi Aris Ariwatan cakap: manis jangan terus ditelan,pahit jangan terus dibuang.dan aku sangat percaya pendapat ramai orang tentang "manusia berubah".
kepada budak besar : peribahasa "alah bisa, menyampah macam biasa" tu kadang-kadang berguna juga. ;P
renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

21 February 2010

oh kampungku~

dunia semakin panas...


dan manusia semakin bikin aku panas.



p/s : fikir dahulu sebelum tebang.

19 February 2010

masalah mahu mengunyah di tengah malam? ada penawarnya..

Berikut adalah foto-foto bagi tujuan terapi supaya dapat menghindarkan diri daripada makan atau mengunyah pada tengah malam untuk para scoleciphobia. AWAS!












mee ulat~

kek cacing~

mee cacing~


p/s: foto-foto ini aku songlap secara sukarela dari sebuah blog seorang blogger.aku suka.harap beliau rela. :)

13 February 2010

cuti sekolah..sudah mahu pulang ke kampung~

-Johor Bahru-






Pagi memungkinkan para penghuni kota terlepas daripada kesibukan dan kekacauan..
Pagi membuatkan para pencinta alam tidak mahu melepas menikmati merdunya unggas berkicauan..

12 February 2010

should this entry be posted many days before today.. -prevented by unstable emotion-

Al-Fatihah upon Allahyarham Nur Ameera Binti Azlan (suffered from S.L.E.)

life is not like 123 which is infinity.
life is just like abc ; end with z.


p/s : LATE BEST BUDDY WHO SAT BESIDE ME IN MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU A.K.A ENGLISH COLLEGE WHERE I HAD THREE MONTHS ALMA MATER FOR FORM 6 BEFORE MOVED TO KUALA LIPIS; WITH HER TRANSPARENT SKIN, CUSHION-LIKE CHEEKS AND CUTEST CHERRY-RED LIPS.

07 February 2010

jalan menemuiNya..


Berada pada jalan lurus bukanlah jaminan bahawa kita akan terselamat daripada sebarang bentuk kesusahan. Maka, awaslah diri apabila kita sedar rupa-rupanya jalan tersebut hanyalah sebuah titian. Titian yang tiada berbumbung untuk kita berlindung. Titian yang sepi untuk kita menghibur diri. Kerana titian yang tampak utuh jangan sesekali diabaikan potensinya untuk runtuh.

06 February 2010

cuma KESABARAN mampu menegakkan KEBENARAN...

[beliau]

Sabar.. Allah mengasihi insan2 yg sabar.
Sender:
+60193488xxx
Received:
16:41:21
05-02-2010
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Penyayang.
Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan ber'amal salih dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.

p/s: ini entri rasa kecewa kerana gagal mempertahankan apa yang telah beliau perjuangkan...

05 February 2010

BERIKAN KAMI KEKUATAN...



Kebencian meluap-luap
Mahu dilontarkan kemana aku buntu
Hati menjerit..meraung..menangis..
Tangan-tangan yang kononnya menolong sinis senyum tersungging di bibir
MAKA SYAITANLAH KALIAN!
Bergembira di atas tangisan kami
Bertepuklah jika itu mahu kalian
Pentas belum berakhir
Mungkin hari ini kami bonekanya
Esok ketentuan tak siapa mampu menghalang...

01 February 2010

Apa Pandang-pandang?



Apa yang aku pandang, jarang sekali adalah apa yang kamu pandang. Apa yang kamu pandang juga jarang sekali adalah apa yang aku pandang. Apa yang mereka pandang, jarang sekali bukan apa yang kamu pandang. Apa yang kamu pandang juga jarang sekali bukan apa yang mereka pandang. Ya. Memang pandangan aku selalu berbeza dengan kamu. Kamu, kamu dan kamu yang membaca. Namun.. Aku bukanlah unik. Bukan juga pelik. Aku cuma golongan minoriti. Terima kasih kerana menerima golongan minoriti. :'-)

sekotah doa ( :ayah)


SEBUAH KARYA UNTUK PROJEK SENI 2009 : POSTER PUISI

p/s : selamat hari lahir, Aia.
143(present continuous);-)

darjah

catatan

 
bloggerbukan.gila.kuasa