31 December 2013

bunga telur.

“bukannya nak makan sangat pun telur tu…bunga tu pun, bukan dibuat apa pun lepas ni…tapi boleh kecil hati kalau tak dapat.” sambil duduk di ruang tamu, ayah membelek-belek bunga telur yang diperoleh di rumah pengantin yang dia pergi semalamnya.

ayah sibuk bercerita perihal keistimewaan menerima bunga telur terutamanya bagi masyarakat Melayu era pra iphone. saat-saat bunga telur paling bernilai adalah sewaktu tetamu meninggalkan kawasan rumah pengantin dan berjalan menuju ke motor atau motokar atau rumah jika rumahnya terletak berdekatan. berjalan pulang sambil membawa bunga telur dari rumah pengantin dan dilihat orang sekeliling merupakan suatu kemegahan buat si tetamu tersebut.

sesekali apabila ayah senyap, aku mencelah merancakkan rentak perbualan. bunga telur juga melambangkan darjat keakraban seseorang tetamu dengan si pengantin kerana cuma tetamu-tetamu tertentu sahaja yang menerimanya sementara yang lain cuma menerima telur yang mungkin diletakkan di dalam bekas kotak kad atau uncang fabrik sifon atau apa-apa sahaja bekas kecil. ramai orang ada masalah untuk membezakan antara harga dan nilai. harga bunga telur mungkin saja paling mahal tidak jejak Ringgit Malaysia lima per tangkai tetapi nilai dan sentimen yang terdapat padanya cuma boleh dirasai oleh orang yang memahami falsafah bunga telur itu sendiri.



******************************************************


“telur itu simboliknya memanjangkan zuriat. orang zaman sekarang, beri gula-gula. gula-gula dimakan, sampah dibuang merata-rata. haa itulah puncanya habis madu sepah dibuang.” suara seorang pensyarah falsafah seni sewaktu aku di kampus dahulu tiba-tiba bergema dalam ruang tamu.

30 December 2013

baju kurung

pada suatu hari, saya pergi ke sebuah majlis perkahwinan seorang rakan perempuan bersama seorang rakan lelaki. seperti kebiasaan majlis perkahwinan yang saya hadiri, saya mengenakan baju kurung.

lalu saya ditanya oleh rakan saya yang lelaki, "apesal perempuan suka pakai baju kurung ek kalau pergi majlis kahwin? tengok, lelaki steady je pakai t-shirt dengan jeans."

saya jawab "sebabnya...dalam situasi ni, kapasiti pemikiran lelaki mengecut." dalam hati.



*steady la sangat...kapasiti pemikiran yang mengecut ini sebenarnya lambang mentaliti yang sedang dijajah ya anak-anak murid sekalian.

29 December 2013

ujian.

apabila saya bercakap tentang perkara buruk yang telah lepas, banyak orang tergelincir ketika membuat tafsiran. banyak orang gagal membezakan makna perkataan mengungkit, mengenang dan trauma. adakah seorang guru sejarah berbangsa Melayu, apabila menceritakan sejarah kajatuhan bangsa Melayu kepada anak-anak didiknya wajar dikatakan sebagai mengungkit? saya rasa mereka yang menuding saya mengungkit-ungkit wajib melalui situasi paling sial dalam hidupnya selama sekurang-kurangnya satu ratus dua puluh bulan supaya mereka kenal apa itu trauma.

kedua-dua kebahagiaan dan kedukaan adalah suatu ujian dari Dia. jadi, tak usah berlagak sangat masa bahagia dan jangan takut masa duka.


senyum sikit! :)

28 December 2013

astaghfirullah...

tema khutbah jumaat semalam benar-benar menginsafkan.
benar-benar aku rasa terpukul.
benar, masa yang lalu tak akan mampu kita dapatkan semula.
menangguhkan hal-hal akhirat semata-mata untuk
memberi laluan hal-hal dunia adalah suatu bentuk pembaziran tekal.


orang kafir bersungguh-sungguh mencari dunia kerana mereka tiada tempat di akhirat.
-SRIKANDI-

16 December 2013

Perisa F

hari ini merupakan hari sabtu pada bulan lepas. hari terakhir aku berada di Pekan Koboi. hari terakhir aku bergelar siswi. dan hari terakhir kulit aku dibelai angin bukit sebelum bayu laut mengucupnya di Kota Duka. hal kedua paling penting aku temui di Pekan Koboi adalah sekumpulan jiwa yang aku jenamakan sebagai Perisa F. sebab apa? sebab mereka meletakkan perisa yang lebih baik atau setidak-tidaknya memberi kesan yang baik dalam kehidupan aku; daripada kehidupan di kampus sehinggalah secara amnya kehidupan. (tak dibenarkan bertanya tentang hal pertama.)

Perisa F.
ah-ha! kamu semua tak akan jumpa perisa ini di mana-mana kedai kek atau roti atau kordial. perisa ini bukan untuk makanan pun. tetapi untuk kehidupan. lain lah kamu dapat jumpa kedai kehidupan… yang tu kes lain. banyak perkara mengenai kehidupan, aku belajar daripada mereka. jatuh bangun aku, mereka yang aku ingat. mereka individu-individu yang bertanggungjawab mengubah secara total pandangan aku terhadap ‘apa itu sayang?’ walaupun ada antara mereka penyebab air mata duka aku gugur.

walaubagaimanapun, hari ini hari isnin.


memandangkan tiada fotograf bersama dua jejaka ini, aku sebat je dari facebook. tak kisah la mereka nak marah ke apa. siapa suruh letak dalam facebook. lalala~

09 December 2013

hurt

sometimes, the ones we hurt the most are the ones we love the most. ever heard? and it happened. there... 

o God...why did you let this happen? or am i the one who did?