05 December 2010

tag



Sekadar gambar tag nama. Tiada kaitan dengan tag di bawah.

Ok, ini tag daripada penjenayah.
RULE :
once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag you, its because i want to know more about you.


1. Secara fizikalnya mempunyai rangkaian tulang yang besar, kurang bulu mata, jenis kuku gelas dan runcing, bibir sederhana tebal dan gigi berterabur, congkar-mangkir, tunggang-terbalik.

2. Buku bacaan semasa ialah House of Shadows : A Historical Mystery by The Medieval Murderers.

3. Lap buku jika berhabuk walaupun sehablur.

4. Jawab soalan matematik pada awal pagi.

5. Rasa mata ikan itu sedap.

6. Ada tabiat dengar lagu Tea House Moon ketika hujan lewat petang beserta suhu rendah.

7. Mahu ada koleksi kamera lomo.

8. Mahu ada koleksi buku berkulit keras.

9. Bercita-cita menghasilkan sebuah buku tebal berkulit keras.

10. Kasut saiz 6 1/2.

11. Minat origami dan kraf daripada kertas.

12. Kurang berminat bercakap tentang apa-apa perkara yang berisiko menyumbat aku ke dalam ISA secara awam. Oleh itu, tidak perlu ditekskan dalam 25 perkara ini.

13. Tak sebaik mana.

14. Sila solat lima waktu dan elakkan qadha' ok.

15. Tolong orang yang mahu tolong diri sendiri sahaja.

16. Diganggu privasinya seperti membaca kandungan mesej dalam telefon mobail mampu menaikkan tekanan darah dan mencederakan si pelaku.

17. Merasakan nama-nama bintang bakal menjadi nama bakal zuriat.

18. Kurang gemar bunga kecuali yang berwarna putih atau kecil atau kedua-duanya sekali.

19. Scoleciphobia.

20. Laman ini merupakan laman perkongsian dengan seseorang yang disayangi.

21. Pada angka ini aku dilahirkan dalam bulan terakhir dua puluh tahun dahulu.

22. Semalam mimpi selamatkan adik angkat (Salina) daripada diperdagangkan dari rumah ke rumah dan telah dikhabarkan kepada Ayah lalu beliau balas "Bagus!" tanda sokongan moral.

23. Sila tonton cerita Papillon, Castaway dan cerita-cerita karya Allahyarham Yasmin Ahmad.

24. Sedang menyentuh hidung dan keyboard saat menaip ayat ini.

25. Nasihat aku, bukan semua kenyataan di atas dapat disahkan kebenarannya sama ada secara teologi mahupun empirikal. hik hik.. :P


Anda ditag :

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa