30 August 2011

rindu pada perempuan itu... (III)


...sudah masuk dua kali ramadhan
bermakna sudah dua kali ramadhan berlalu tapi aku masih belum dapat kemaafan dia.
mungkin sehingga ramadhan tahun keduapuluh
mungkin selamanya
mungkin.

22 August 2011

tiga.


adakala tiga tahun macam tiga minit. adakala tiga minit macam tiga tahun. tapi tiga tahun aku kenal kau memang macam tiga tahun. sedar atau tidak, kita jadi individu yang berbeza-beza sejak tiga tahun tersebut. adakala budiman, adakala menyetan. adakala aku sesalkan tiga minit pertama permulaan perkenalan kita walaupun boleh aku katakan itulah antara minit-minit paling gembira dalam hidup aku. kerana aku bukannya orang yang mudah menerima perpisahan. mengenali orang lain bermakna aku telah mengambil keputusan untuk mengenali keperitan perpisahan. tapi, ada suara bagitahu aku; hidup tanpa risiko berbeza sedikit saja daripada mati. jadi, aku buat keputusan sekali lagi untuk terus mengambil risiko.
akhirnya, kita nampak, kita bermula sebagai orang asing dan begitu jugalah kita berakhir. ada atau tanpa sebab, itulah yang terjadi. kurang lebih tiga bulan lagi, baik kau baik aku, akan jadi orang asing antara satu sama lain secara total. cuti semester ini bererti aku cuti daripada kenal kau. selamanya mungkin. apapun, atas setiap kejadian, Allah lebih tahu sebab dan akibatnya berbanding aku.
p/s : foto (Luke Steel dan dua perempuan) asal daripada google.

17 August 2011

teruskan perjalanan dan terus berjalan...


dia bukan siapa-siapa
dan kita bukan siapa-siapa kepada siapa-siapa
untuk merasa apa-apa
dia cuma organisme yang bergelar manusia tipikal
yang biasa kita selisih di jalanan
waktu kita jalan-jalan
siapa dia untuk menjadikan orang lain sampah
yang boleh direnyuk dan dibuang?
kenapa perlu kita senangkan hati orang
yang tak pernah menyenangkan?
jadi,
rasa terbuang gara-gara dibuang orang asing itu bukan sesuatu yang bagus.
buang sebelum ia membusuk di hati dan membusukkan organ-organ lainnya.
teruskan berjalan, sahabat.. :)