Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

24 October 2014

tahun baharu. buku baharu.


Kekasih,
pimpin aku sepanjang aku di atas
sambut aku tatkala aku jatuh

Kekasih,
aku mahu hidup satu kali lagi. 

17 September 2014

perbualan 30 julai. waktu insomnia.

Rover : kau pun kenal aku...aku ni keras hati....hati batu...aku susah nak sayang orang...padahal sudah jelas-jelas orang tu buat benda baik...

Ranger : aku cuba nak mintak kau lapangkan dada untuk terima orang. janganlah hukum orang lain dengan masa lalu kau. tak adil. untuk dia dan diri kau sendiri. maksudnya, kau belum redha dengan apa yang dah jadi dulu. lepaskanlah. maafkan diri kau sendiri. maafkan yang tepek luka kat kau tu.

Rover dongak langit. Rover pejam mata. Rover tarik nafas. dalam jantung Rover, bunyi suara Rover sendiri bergema berlanggar-langgar dalam empat chamber. 

"tak payah nak suruh orang lain sarung kasut kau.
orang lain tak ada masa nak rasa apa yang kau pernah rasa.
kau buka kasut kau.
buang plaster yang dah berlumut balut luka kau berbelas-belas tahun tu.
biar luka kau cepat kering.
bila dah jadi parut, tak sakit pun."



14 September 2014

i'm walking on broken glass. (part II)



it is cold september.
but not any colder than your heart, you know.


22 August 2014

tamu hati


kau yang memanggilku indah
sayang kau gapai tiada
dipujuk-pujuk resah
mendamba sabda hikmat

Kayangan...
kunanti saat bersatu.


20 August 2014

kunci mulut.



Kosong kota kata.
Bisu.
Lelah dalam nafas sendiri...


19 August 2014

ringgit itu rezeki. tetapi cinta itu juga rezeki.


bukan banyak yang aku kejar. aku cuma mahu cukup.
apapun, kita dapat seberapa dan sesiapa yang selayaknya kita dapat.


17 May 2014

checkmate.

clearly, it's a trap of its own. it's you who put yourself in that trap but you blame Mak. now you're gunning for our sympathy but hey, you know it's too late. i don't mean to hurt you...you taught us that every mistake comes with its punishment. remember that? we want no more reasons from you neither will we give any for the silence we made when you asked us to talk. you never listened, so we'll never tell. silence IS the answer. look, you better finish what you have started fourteen years ago or Mak will.

16 May 2014

listen.

so kids will listen to you.

happy teacher's day.

10 May 2014

dongak.

Allah...siapalah aku untuk meminta-minta...
tapi, siapa lagi untuk aku meminta-minta selain daripada Kau.

09 May 2014

pandangan kita adalah di mana kita berada.

kau cerita pung pang pung pang masa kau duduk kat kerusi sebelah pemandu tu bukan main lagi. hakikatnya, bila kau duduk kat kerusi pemandu, situasinya 110% berbeza daripada apa yang kau bayangkan. sebab apa? sebab bila kau duduk kat kerusi sebelah tu, yang kau buat cuma cakap. cakap cakap cakap. 

cakap



cakap



cakap lagi.

kat kerusi pemandu, kau bukan setakat kena perhati betul-betul apa yang kau nampak, tapi kena fikir dan kena dengar. termasuklah dengar apa yang orang kat kerusi sebelah pemandu tu pung-pang-kan. yang paling serius, kau kena bertindak. cepat.

03 May 2014

orang.



aku : kenapa mak pukul?


mak : sebab pukul la kau jadi orang.

aku : manusia tak boleh berperasaan takut dan sayang terhadap satu orang yang sama dalam satu-satu masa. kita fikir, dengan memukul kanak-kanak, kita dapat menyebabkan kanak-kanak itu mengikut perintah kita tetapi kita lupa bahawa sedikit demi sedikit kita kehilangan rasa hormat kanak-kanak tersebut terhadap kita. kita lupa suatu hari nanti kanak-kanak itu akan dewasa dan kuat. kita pula akan jadi tua. kita yang lemah. bumi ni berpu- 

mak : kau jangan pukul anak murid...

aku : nanti tak jadi orang.

mak : ...

01 April 2014

memang seronok.

memang seronok bukan kepalang rasanya bila hari dah gelap, kau duduk kat pinggir bangunan. kat kaki lima. kiri kanan orang kau tak kenal. rumah kau jauh kena lalu highway. tapi dalam dompet kau cuma ada beberapa syiling dan sekeping duit kertas-


ringgit malaysia satu.

memang seronok. 

20 March 2014

my all.

my friend once asked me.

friend : (cynically) so loaded, huh, you bought them all these expensive farewell gifts? hey, you don't belong to this school forever. we're just doing practical training here. and one day, you'll forget them and they'll forget you. plus, they are all just poor kids who i-don't-think will appreciate what they got. it's such a waste. i don't get it.

i just want to give them what i really wanted when i was their age. my parents gave their best or might be all they have to raise me up even i didn't appreciate them. now i give those kids my best even if they won't appreciate. what is wrong with that? you don't hope for any reply when you give cats a lunch, because you love them, don't you? you know i'm no good. at teaching. but,  i do believe teaching is limitless. not only in a classroom. who knows one day when they grew up, if they still remember this moment, they learn about what love is. i don't expect much. i just want them to not stop learning. because life is all about learning.

i don't know whether she asked for an answer or just wanted to speak her mind. so, i just shut up and didn't give any. 

13 March 2014

this is me not talking to you.

before this foul temper of mine burn your heart with the hardest flame, i'm going to go wash my hands. and my face. and also my neck. because that's what i do. and then lock myself alone in this little cube. and talk anything rubbish to this totally freaking stranger called Blogger.

10 March 2014

Allah.

pernah kau rasa mahu menangis? benar-benar mahu menangis? tapi tak boleh menangis. sebab terlalu takut sampai tak boleh menangis. kau cuba pekik, kerongkong kau yang tercekik. apa pun atau kuat macam mana pun kau pekik, jangan kata orang lain, kau sendiri tak akan dengar. yang kau dengar, bunyi echo suara orang lain menyebut nama tuhannya saat-saat ajal dia tiba.

menyebut nama tuhannya. melaung nama tuhannya. kemudian terpekik-pekik merintih meraung memanggil nama tuhannya!

berhenti.



resume suara orang terpekik-pekik.


berhenti semula.



resume lagi.


resume pula visual gambar bergerak apa pekerjaan buruk yang kau dah buat sepanjang kau bernafas atas dunia ni. senang cerita, dosa. bunyi orang terpekik-pekik tadi seterusnya bercampur-baur bunyi hingar-bingar - hiruk-pikuk - gegak-gempita. entah apa perilaku suasananya.




surreal.




kepala kau celaru, dada kau tepu. kau kaku. lidah kau kelu. kau kehabisan perkataan. punya banyak perkataan wujud dalam dunia ni tapi akhirnya yang terdaya kau sebut cuma satu-

nama tuhan kau.

07 March 2014

rumah.

Ayah di sebelah kanan, Cik Ti di sebelah kiri. aku toleh kanan, aku toleh kiri. Ayah dan Cik Ti masing-masing masih khusyu’-tawadhu’ menampal plaster dinding dan mengikis cat lama pada dinding sebelum dicat semula. kerja-kerja penyelenggaraan ini perlu segera dihabiskan kerana berbaki kurang tujuh hari sahaja lagi penyewa baharu akan menyewa rumah berkenaan. aku bangun, keluar dari rumah sewa dan masuk ke dalam rumah aku yang hanya sebelah-menyebelah.

mak : ada apa kau balik?
aku : nak berak.
mak : haih..berak kat sana tak boleh?
aku : there’s no place like home.

04 March 2014

dua kali.

saya kurang gemar beritahu sesuatu kepada seseorang dua kali. atau lebih. sama ada kali pertama diberitahu oleh saya atau orang lain. pada suatu hari semasa saya di kampus, pensyarah-pensyarah di jabatan hal ehwal pelajar telah mengatur sebuah pertemuan antara para pelajar di kampus tersebut dengan pengarah kampus. tujuan pertemuan interaksi dua hala tersebut adalah supaya dapat memberi laluan kepada para pelajar untuk memberitahu secara terus permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar kepada tuan pengarah.

telah menjadi sikap saya lebih gemar mendengar pandangan orang terlebih dahulu. jika pandangan tersebut tidak saya setuju, akan saya bantah. sebaliknya, jika saya turut bersetuju, saya diamkan sahaja. maka, saya teruskan mendengar. ada pelajar mengadu mengenai ketidaktelusan sesetengah pensyarah dalam memberikan markah kepada pelajar. ada pelajar mengadu mengenai ketempangan sistem dan ketirisan pelaksanaan sistem pengurusan disiplin pelajar. ada pelajar mengadu mengenai masalah ketiadaan bilik kuliah khas sebaliknya cuma menumpang di stor dewan.

selepas mendengar aduan mengenai ketiadaan bilik kuliah, serta-merta saya berubah fikiran. hal ini demikian kerana masalah saya dan rakan-rakan seunit iaitu seramai 40 orang yang lain juga adalah sama. tiada bilik kuliah khas dan hanya menjalani sesi kuliah di studio (merangkap stor) PSV yang sempit dan perlu dikongsi bersama-sama pelajar senior dan supersenior.

saya antara dua. sama ada untuk meneruskan atau membatalkan niat untuk mengemukakan permasalahan tersebut. meneruskan niat saya itu akan membuatkan saya kelihatan berani dalam kalangan rakan-rakan kerana berani bersuara di khalayak tetapi menjadi bukti saya kurang menumpukan perhatian terhadap ucapan rakan sekampus tadi selain kelihatan seperti kebudak-budakkan kerana berusaha semahu-mahunya memberitahu orang lain apa kehendak saya itu. 

saya bersyukur akhirnya saya membatalkan niat tersebut. saya hidup pun bukan untuk menunjuk-nunjuk kekuatan atau kelebihan saya pada orang lain. saya hidup untuk diri saya. saya percaya tuan pengarah juga tidak suka mendengar perkara yang sama diulang-ulang walaupun daripada orang yang berbeza. saya sendiri tidak suka orang mengulang-ulang arahan atau aduan terhadap saya. saya bukan tuli.




25 February 2014

chasing tomorrow in a haze of life.

when a pessimist wishes that tomorrow could wait for him,
an optimist waits for tomorrow.

when a pessimist waits for tomorrow,
an optimist chases tomorrow.

24 February 2014

take me back to where i’m from.

being adult is not like what i thought when i was a little child. i want to be a child again. and forever. i rather cry because father don’t give me an ice cream while my brothers got one each than cry because i know the word ‘Unfair’ and feel the sharp pain as the Unfair bite my heart.

i’m not talking about didn’t get an ice cream.
but time, space and chance.

21 February 2014

tentang pemuda misteri di klinik tampoi yang siuman tetapi bikin aku macam tidak siuman.

sudah dua hari aku pulang dari klinik
dengan jiwa yang terdera
dan semangat yang cedera.
pulangnya aku
tidak lagi ditemani renungan matanya
tetapi ditemani tanda tanya.

mana dia?

#krik krik