04 June 2010

monolog.

CINTA ITU ADALAH......


1. Antara manusia dengan Penciptanya = "Bertepuk sebelah tangan."

Kerana cuma Dia yang menyayangi dan mengasihi aku.
Aku bagaimana?
Ada aku membalasnya?
Ada aku cinta padaNya?
Ada aku menurut apa mahuNya?
Ada aku bersyukur atas apa yang Dia beri pada aku?
Layakkah aku memanggilnya 'kekasih' padahal aku cuma parasit di bumiNya?
Kau yang sedang membaca itu pula bagaimana?


2. Antara manusia dengan ibu bapanya = "Bertepuk sebelah tangan."

Selepas semua luka-luka yang sudah aku toreh pada hati mereka, masih lagi mereka mencintai aku bersama titis-titis darah pilu yang masih panas itu.
Aku bagaimana?
Ada aku membalasnya?
Ada aku cinta pada mereka?
Ada aku menurut apa mahu mereka?
Ada aku berterimakasih atas apa yang mereka beri pada aku?
Layakkah aku memanggil mereka 'kekasih' padahal aku cuma parasit di rumah mereka?
Kau yang sedang membaca itu pula bagaimana?


3. Antara manusia (laki-laki) dengan manusia (perempuan) = "Menjadi bodoh bersama-sama."

Cinta yang hanya menurut hawa nafsu.
Aku bagaimana?
Bodoh.
Kau yang sedang membaca itu pula bagaimana?

2 refleksi:

zulhilmi said...

nangis jap la.. :(

itan said...

......

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa