Baru-baru ini aku tahu teman baikku sudah ada kamera idaman dia.
Gembira dengan itu.
Aku cuma ada Canon PowerShot A470 7.1mp.
Itupun pemberian ayah sejak Kembara Visual PSV semester 3.
Tapi tak mengapa.
Utamakan yang utama.
Biar cuma kompak, tapi jasanya banyak.
Ekonomi membataskan impian.
Aku,senyum kelat.
***
Ayah letak sebilah parang ke atas sekeping cermin sebuah mesin, ayah selubung dengan kain putih, ayah tekan butang 'power'.
Selepas parang, kapak.
Selepas kapak, entah apa lagi.
Kesemua barang kes tersebut ayah fotostat!
Kenapa tak ambil gambar saja?
Awal tahun 2000 dulu mana ada instant camera.
Digital camera, jauh sekali.
Yang ada, cuma analog camera yang guna filem tu.
Proses cucinya makan masa sedangkan kerja ayah penuh protokol dan kertas siasatan perlu diserah tepat pada masa.
Itupun kalau filem tersebut sudah penuh dengan negatif gambar.
Kalau belum, rugi.
Ekonomi pernah membataskan impiannya.
Aku, antara sebak dan gelak.
Banyak kali juga ayah buat kegiatan tu.
Rupa-rupanya kucing pun dia pernah fotostat juga gara-gara terlalu sayangkan haiwan tu.
Buang tebiat betul......
Meleleh-leleh air mata kawan-kawan ayah ketawakan dia.
ahahahahahahahahahaha
Ok, sudah-