Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

20 September 2014

rapuh. (Part I)

Aku buka tutup mata. Selimut aku tarik rapat-rapat ke dada. Sejuk. Entah mengapa mata kiri belah bawahku asyik berkerdip-kerdip lewat beberapa hari ini. Acapkali sengaja aku singkir jauh-jauh fikiran buruk yang menerjah. 

Aku toleh rakan sebilikku di sebelah. Cemburu aku melihat tidurnya yang begitu nyenyak, aku lantas bangkit mengambil telefon bimbitku lantas ditekan ikon facebook. Lama aku skrol daripada atas ke bawah. Berulang kali. Sehingga..., mataku tertancap pada satu status kawanku yang membuat dadaku berdetak kencang. Mataku serentak jadi hangat. Merah.

"Hakim!"

23 June 2014

perantau

tengah hari Jumaat, ayah pulang dari kerja. di muka pintu, ayah hulur sebuah buku. aku ambil tanpa bertanya mahupun menyatakan terima kasih. lama dahulu, ayah selalu bercerita tentang sastera. ayah suka akan sastera. ayah betul-betul suka akan sastera. dia rajin sebut-sebut novel-novel kegemarannya supaya aku turut membaca, menghadam, dan merasai apa yang dia lalui sepanjang meletakkan diri pada posisi watak-watak dalam novel-novel tersebut. kalau ada yang mengusulkan supaya sastera perlu digugurkan daripada kurikulum sekolah bagi memberi lebih masa pada matapelajaran-matapelajaran mainstream pada Zaman Skrin Sentuh sekarang, sekeras-kerasnya ayah menidakkan. ayah akan bercakap tentang kesan mempelajari sastera terhadap moral dan peradaban manusia. apapun, bagus juga ayah beri novel ini. pinjam, sebenarnya. tapi tak mengapa. sekurang-kurangnya bolehlah aku racunkan rasa bosan sementara menunggu panggilan temuduga. sekarang, label aku ialah penganggur. bukan lagi perantau.

bekas perantau. 



Aziz Jahpin. Kubaca nama penulisnya. aku jamu mata dengan ilustrasi kulitnya. kulit novel itu dominan warna kuning matahari-pukul-sepuluh-pagi. ada garisan-garisan rambang yang mungkin dihasilkan daripada pen marker hitam atau berus kaligrafi dan dakwat. (aku cuma mengagak.) garisan tersebut menegak dari atas ke bawah. sedikit-sedikit sahaja yang melintang. garisan tersebut seolah-olah membentuk sekumpulan manusia yang sedang berdiri berlatarbelakangkan pokok-pokok yang tinggi. di belakang pokok-pokok tersebut pula ada garisan-garisan halus silang pangkah yang aku tebak sebagai awan serta rupa bulat berwarna putih yang mungkin boleh aku namakannya; bulan penuh. pada dada-dada manusia tadi juga ada warna putih. di depan mereka pula ada garisan lingkaran yang tidak sempurna dan kelihatan seperti dicakar-cakar. macam kawad duri. di bahagian paling bawah, ada tulisan huruf besar bermukataip Franklin Gothic Heavy Bold.

PULANGLAH PERANTAU.













29-11-2013

14 June 2014

bual bicara bersama Ajib (mukasurat II)

Ajib murung. dari tempat duduk sebelah pemandu, aku renung mata Ajib. dia tak toleh. aku renung lagi lama. pun dia tak toleh. tak gila babi macam selalu, masa itu dia pandu kereta dengan 'slowmo'. 

Ajib : dua tiga menjak ni, mak aku 'touching' je. lauk aku hidang dari pagi pun tak di-apa-kan. macam tu, macam tu la (macam mana aku hidang, macam itulah kesudahannya). 

aku : layankan je la Ajib..orang tua memang la macam tu. macam mana kita datang, macam tu la kita balik. blablabla...blablabla...blablabla



Ajib : ................................. *angguk lemah.



sepanjang perjalanan lebih dua ratus batu, dia banyak senyap. salah aku, aku sepatutnya faham bukan alasan atau ulasan yang dia minta tetapi dia perlu seseorang untuk pinjamkan dia telinga.

07 March 2014

rumah.

Ayah di sebelah kanan, Cik Ti di sebelah kiri. aku toleh kanan, aku toleh kiri. Ayah dan Cik Ti masing-masing masih khusyu’-tawadhu’ menampal plaster dinding dan mengikis cat lama pada dinding sebelum dicat semula. kerja-kerja penyelenggaraan ini perlu segera dihabiskan kerana berbaki kurang tujuh hari sahaja lagi penyewa baharu akan menyewa rumah berkenaan. aku bangun, keluar dari rumah sewa dan masuk ke dalam rumah aku yang hanya sebelah-menyebelah.

mak : ada apa kau balik?
aku : nak berak.
mak : haih..berak kat sana tak boleh?
aku : there’s no place like home.

04 March 2014

dua kali.

saya kurang gemar beritahu sesuatu kepada seseorang dua kali. atau lebih. sama ada kali pertama diberitahu oleh saya atau orang lain. pada suatu hari semasa saya di kampus, pensyarah-pensyarah di jabatan hal ehwal pelajar telah mengatur sebuah pertemuan antara para pelajar di kampus tersebut dengan pengarah kampus. tujuan pertemuan interaksi dua hala tersebut adalah supaya dapat memberi laluan kepada para pelajar untuk memberitahu secara terus permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar kepada tuan pengarah.

telah menjadi sikap saya lebih gemar mendengar pandangan orang terlebih dahulu. jika pandangan tersebut tidak saya setuju, akan saya bantah. sebaliknya, jika saya turut bersetuju, saya diamkan sahaja. maka, saya teruskan mendengar. ada pelajar mengadu mengenai ketidaktelusan sesetengah pensyarah dalam memberikan markah kepada pelajar. ada pelajar mengadu mengenai ketempangan sistem dan ketirisan pelaksanaan sistem pengurusan disiplin pelajar. ada pelajar mengadu mengenai masalah ketiadaan bilik kuliah khas sebaliknya cuma menumpang di stor dewan.

selepas mendengar aduan mengenai ketiadaan bilik kuliah, serta-merta saya berubah fikiran. hal ini demikian kerana masalah saya dan rakan-rakan seunit iaitu seramai 40 orang yang lain juga adalah sama. tiada bilik kuliah khas dan hanya menjalani sesi kuliah di studio (merangkap stor) PSV yang sempit dan perlu dikongsi bersama-sama pelajar senior dan supersenior.

saya antara dua. sama ada untuk meneruskan atau membatalkan niat untuk mengemukakan permasalahan tersebut. meneruskan niat saya itu akan membuatkan saya kelihatan berani dalam kalangan rakan-rakan kerana berani bersuara di khalayak tetapi menjadi bukti saya kurang menumpukan perhatian terhadap ucapan rakan sekampus tadi selain kelihatan seperti kebudak-budakkan kerana berusaha semahu-mahunya memberitahu orang lain apa kehendak saya itu. 

saya bersyukur akhirnya saya membatalkan niat tersebut. saya hidup pun bukan untuk menunjuk-nunjuk kekuatan atau kelebihan saya pada orang lain. saya hidup untuk diri saya. saya percaya tuan pengarah juga tidak suka mendengar perkara yang sama diulang-ulang walaupun daripada orang yang berbeza. saya sendiri tidak suka orang mengulang-ulang arahan atau aduan terhadap saya. saya bukan tuli.




02 March 2014

diphenoxylate dan ORS.


sebuah pesanan teks ke telefon mobail yang baik itu bukannya saya sayang awak tetapi, lebih daripada itu; perlu buktikan secara langsung bagaimana 'saya' tersebut menyayangi 'awak'.

contohnya,
Pka sakit perut ea. Atas meja ada damotil dgn garam mkn 1 biji 4jam
Sender : Ayah
Received : 04:45:48

23 February 2014

tammat.

aku datang ke Klinik Kesihatan Tampoi awal pagi ini untuk ambil darah. lagi. untuk tabung ketiga. beri darah sebenarnya. beri darah untuk doktor buat ujian. kali ini untuk menyemak kandungan mineral pula. aku pun tak faham kenapa tidak dibuat ketiga-tiga ujian serentak dengan menggunakan satu tabung sampel darah sahaja. supaya tidak aku bazirkan darah banyak-banyak sampai tiga tabung. orang cakap, jangan benci apa yang kita tak faham. aku tersetuju dan akhirnya, aku batukan diri. turut saja barang dikata. masa lapang membuatkan minda aku dengan tiba-tiba tumbuh suatu figura maya. tolonglah datang ke klinik hari ini. aku sudah muak menunggu. bukan kau. giliran.

sambil menunggu giliran, aku baca Gerabak Bersama Imaginasi dalam naskhah Bogel Menuju Tuhan. mungkin patut aku akur persamaan hujung cerita aku dan pemuda misteri ini dengan penutup catatan Gerabak Bersama Imaginasi. ah!


23.02.2014
09:00

10 February 2014

i have so many questions to ask you.


06.02.2014

i know you were watching me when i was waiting outside Room 15 to take my blood pressure reading and when i looked at you, you looked away. so, i just ignored. typical random situation, i guessed. i left Room 15 and entered Room 14. you're in there. watching me doing eye test. i tittered for i had no idea how to use the instrument. i stared at you for an answer how to use it but all you did was watching me. you did not speak. you did not smile. you did not utter a sound. you did not even blink your eyes. you just sat there watching me. i wonder if you are a ghost. are you?

my pulse were quite fast. the doctor told me to come back to the clinic at two post meridiem to take the reading again so that i can continue with blood test. what a surprise. you’re still there when i came back. after several times plus several ways trying to check my pulse including result from ECG electrode, the nurse still did not satisfy. rather faster. definitely, it was not because of you. it’s my normal pulse. i came here just to do a medical check-up but ended up having an appointment. not with you. with the doctor. but, let me assume it is with you. can i?

i waited outside Room 22, you're there. watching me. or at least that’s what i saw. i waited outside Room 19, you're there. waiting too. after seconds i entered Room 19, i saw the door’s opened. it’s you. you were everywhere, you know? why must you?

your blood pressure is low. just like mine. you said not a single word to me nor did i say to you. not even exchanged smiles. but, i hope our eyes spoke the same language. i heard you said “twenty-seven” when the doctor asked about your age. you don’t look like you from the south but you spoke Johor-Riau. where exactly do you come from? where do you live? i have so many questions to ask you.



09.02.2014

i came to the clinic again this very day for a blood test. with a hope you'll be there and an expectation you won't be there. guess what? hope won over expectation. with your unofficial JDT round neck cotton black t-shirt on. unfortunately, you were rushing for something. you did not stay at one place for long. worst of all, you looked nowhere but at your cell phone. hey, what’s your name? do you realize you looked like somebody named Ramlan. is Ramlan your name? even if it’s not, can i call you Ramlan, Ramlan? do you have a friend; somebody you hope to last your whole life, Ramlan? when will be your next appointment? please be on 19th. i have so many questions to ask you.



16 January 2014

January sixteenth twenty ten.

Pusat Rekreasi Terenggun, Kuala Lipis.

07 January 2014

bual bicara bersama Ajib

entah kenapa tajuk kali ini kedengaran canggung jika aku sebut dan didengar oleh telinga sendiri. formal semacam. hahaha. ah, abaikanlah. aku bukan nak cakap fasal formaliti tajuk itu pun. yang aku nak cakapkan, Ajib. Ajib..Ajib.. mana lah kau duduk sekarang ni.

ada sesuatu yang sangat sesuatu berkenaan sejenis hidupan bernama Ajib ni. esok-esok aku kasi tahu.

04 January 2014

purple is the colour of her heart. it is two degrees worse than blue.

i think it's time for you to go.
please......
just go.

to hear somebody you really really love screaming in pain,
literally, first thing in the morning
wasn't a nice activity in the weekend.






just in case you know the meaning of love.

02 January 2014

the end of a cold war.


it has been more than ten years. if i have to start this year by living in two different houses of a family, i'll make it. if that is the only way out, i'm alright. to see her once-in-ten-years smile, i am gratified. time made her older and colder. and weaker. ten years is not a short time for her, You know. are You going to test her any longer? she once said she can hardly pray with khusyu' in ten years time. i'm afraid she'll lose her faith in You. and You know, You almost made me too.

30 December 2013

baju kurung

pada suatu hari, saya pergi ke sebuah majlis perkahwinan seorang rakan perempuan bersama seorang rakan lelaki. seperti kebiasaan majlis perkahwinan yang saya hadiri, saya mengenakan baju kurung.

lalu saya ditanya oleh rakan saya yang lelaki, "apesal perempuan suka pakai baju kurung ek kalau pergi majlis kahwin? tengok, lelaki steady je pakai t-shirt dengan jeans."

saya jawab "sebabnya...dalam situasi ni, kapasiti pemikiran lelaki mengecut." dalam hati.



*steady la sangat...kapasiti pemikiran yang mengecut ini sebenarnya lambang mentaliti yang sedang dijajah ya anak-anak murid sekalian.

16 December 2013

Perisa F

hari ini merupakan hari sabtu pada bulan lepas. hari terakhir aku berada di Pekan Koboi. hari terakhir aku bergelar siswi. dan hari terakhir kulit aku dibelai angin bukit sebelum bayu laut mengucupnya di Kota Duka. hal kedua paling penting aku temui di Pekan Koboi adalah sekumpulan jiwa yang aku jenamakan sebagai Perisa F. sebab apa? sebab mereka meletakkan perisa yang lebih baik atau setidak-tidaknya memberi kesan yang baik dalam kehidupan aku; daripada kehidupan di kampus sehinggalah secara amnya kehidupan. (tak dibenarkan bertanya tentang hal pertama.)

Perisa F.
ah-ha! kamu semua tak akan jumpa perisa ini di mana-mana kedai kek atau roti atau kordial. perisa ini bukan untuk makanan pun. tetapi untuk kehidupan. lain lah kamu dapat jumpa kedai kehidupan… yang tu kes lain. banyak perkara mengenai kehidupan, aku belajar daripada mereka. jatuh bangun aku, mereka yang aku ingat. mereka individu-individu yang bertanggungjawab mengubah secara total pandangan aku terhadap ‘apa itu sayang?’ walaupun ada antara mereka penyebab air mata duka aku gugur.

walaubagaimanapun, hari ini hari isnin.


memandangkan tiada fotograf bersama dua jejaka ini, aku sebat je dari facebook. tak kisah la mereka nak marah ke apa. siapa suruh letak dalam facebook. lalala~

26 October 2013

cikgu kaca mata


murid : cikgu, kenapa suara cikgu dah lain?
cikgu : lain? lain macam mana?
murid : dulu suara cikgu masa mula-mula datang dulu lain.
cikgu : lain eh?
murid : ha'ah.cikgu nampak pucat.
cikgu : pucat pulak?
murid : ha'ah pucat.cikgu tak pakai cermin mata.
cikgu : apa kaitan suara dengan cermin mata?
murid : tak tau dia. (tuding jari ke kawan sebelah.)


11 October 2013

title : POST ME HOME

i told him this is installation art but the moderator replied no this is assemblage and that was really a whatever situation.

05 October 2013

OK - Pesta Seni Visual


nama OK itu pada mulanya saya cadangkan untuk berdiri sebagai Otak Kanan tetapi pada pertengahannya menjadi Otak Kejang, Otak Kusut, Otak Kering, Otak Kebas, Otak Kosong lantaran proses yang terpaksa dilalui.

apapun, berakhir dengan baik. OK.

31 July 2013

apa pegang-pegang ni?? haram...!



transit aliran ringan terus bergerak setelah perutnya disumbat dengan tubuh manusia yang bermacam-macam rupa. macam-macam rupa, macam-macam warna, macam-macam bau. macam-macam fi'il. sampai di stesen Hang Tuah, 'dia' bersuara lembut.

"ok la. saya berhenti di sini. nanti ada apa-apa hal, contact ye. assalamu'alaikum."

"wa'alaikumussalam warahmatullah...", jawab tiga orang rakan aku serentak. nada ceria.

aku jawab antara nak dan tak nak. tak mahu ambil peduli, sebenarnya. aku pandang wajah seorang daripada rakanku, dia tersenyum-senyum. teringat aku pada kata-kata rakanku ini yang memuji kenalan lama aku tadi dengan kata adjektif yang manis-manis sewaktu aku membeli token. aku buat muka tegak.

"orang baik, dia ni...", seorang rakan aku yang lain tiba-tiba memberi usul.
"tengok muka pun tahu, dia ni orang baik-baik.", dia menyambung.

aku diam. tidak membantah usulnya itu. aku memilih untuk tidak bercakap ketika perasaan marah membahang dalam hati. dalam minda aku, macam-macam perkara berkisar. aku pandang tingkap gerabak tetapi mata aku tidak tertumpu pada cermin lutsinar itu mahupun bingkainya. mata aku berkeliaran jauh ke luar tingkap. aku nampak bayangan situasi macam mana 'dia' senggol sikunya ke bahu aku ketika bergurau di kaki lima tadi. macam mana 'dia' menepuk-nepuk bahu aku supaya aku tidak berasa tersinggung dengan gurauannya. 'dia' tarik pergelangan tangan aku untuk pulangkan syiling baki beli token. sepanjang berjalan pulang dari kedai pakaian ke stesen transit aliran ringan, aku rimas. panas hati.

"ini kali ke-berapa kau berdua berjumpa?", suara rakan aku yang seorang lagi memangkas bayangan peristiwa buruk tadi dari terus tumbuh. aku pandang wajahnya; cuba menyembunyikan apa yang aku rasa.

"ini kali pertama setelah lima tahun berpisah.", suara aku mendatar.

dia yang pada mulanya mengagak baharu sehari dua aku mengenali lelaki kacak tadi kelihatan terkejut dengan jawapan yang aku berikan. aku tidak mempedulikannya. aku sibuk melayan rasa kecewa. aku bertekad untuk tidak berjumpa dengan ‘dia’ lagi. kalau terjumpa? mahu aku tumbuk muka ‘dia’ tepat-tepat pada matanya. haaa.....






alahai...baharu beberapa bulan tinggal di kota metropolitan, sudah kau buang karakter budak sekolah pondok kau tu ya...manusia-manusia...........cepat benar masa mengubah kau.

p/s : kredit kepada alpijod.blogspot.com untuk foto asal.

24 April 2013

lemas sepuluh meter di dasar laut waktu.

dua puluh tujuh darjah celcius. malam legam. fail-fail muzik Enigma aku ketik. aku tala Sonic Gear. bunyi titisan air hujan bersama rhythm dan dram semacam suatu simfoni melankolik. entah perasaan apa yang membuatkan aku mahu membaca penulisan-penulisan lama dalam laman Aku Di Dalam Bekas Yang Kosong.  

*****************************************************

Ada perkara yang patut aku ubah untuk baiki diri ini...aku mahu jadi baik...aku mahu jadi baik...aku mahu jadi baik...

kalau aku dapat berubah...aku rela jadi seorang manusia yang skema...



bebas dari fikiran jahat....


jauh dari fikiran kotor...

terlepas dari kehidupan yang gelap...


MAAF...AKU BUKAN SEMPURNA...

*****************************************************

dia dua individu yang berbeza sepanjang aku kenal. seorang periang dan murung. aku kenal luar dalam dia. atau setidak-tidaknya itu yang boleh aku cakapkan. kalau waktu datang dalam dua siri, aku mahu humban jauh-jauh ke laut dalam siri yang pertama. siri sisi gelap. aku mahu satu kali lagi peluang. namun, akhirnya aku yang terhumban. aku yang karam. waktu telah bawa dia pergi jauh. aku yang termangu-mangu berfikir kenapa aku masih berada di titik yang sama padahal sudah lelah aku berlari.