23 January 2012

susahnya untuk tidak jadi pemarah kebelakangan ini.


[sedang membalas mesej-mesej sifar penting. mesej hambar.]

selepas sebutir biji limau,
sebutir lagi dia lontar ke dalam baju kemeja kolar yang aku pakai.
terasa biji limau melurut dari leher ke dada.
tersangkut pada baju dalam.

kali kedua dia lontar,
sasaran masih tepat.
berserta arahan.

     
     "hey, cepatlah. kita nak pergi rumah cik nor."
     (nada rendah tetapi menggesa)


kali kedua dia lontar tadi sudahpun buat aku rasa ini sangat melampau.
jawapan yang paling sesuai adalah dengan memaki.
tapi aku tak beri jawapan yang aku kata paling sesuai tu.


     "tak nak lah!!"
     (menengking)


     "kau cuti berapa hari."
     "kau cuti kau tak melawat sedara-mara kau."
     (nada masih rendah)


     "sedara kau, bukan sedara aku."
     (cuma dalam hati)


dia masih lontar untuk kali ketiga.
kali ini sasaran melencong.
aku pungut, aku rejam semula ke arah dia.
aku tarik muka masam.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

trett..! trett..!
satu mesej masuk ke peti masuk mesej.

     'siapa nama penuh awak?'

     'afiqah si pemarah.'

p/s : phyca antares.......maaf.aku mungkiri janji aku untuk tidak tinggikan suara pada orang tua aku lagi.beri aku kekuatan ya Allah supaya aku sentiasa sabar.

1 refleksi:

venus said...

kadang-kadang, saya juga suka marah-marah. secara tiba-tiba. hmm.

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa