09 May 2013

perkara yang paling sukar mungkin sahaja melepaskan perkara lepas yang paling sukar.

aku letak jari kelingking sebelah kiri pada permukaan kekunci berlabel 'A', jari hantu sebelah kanan pada 'K', dan bersedia untuk meletakkan jari telunjuk sebelah kanan pada 'U'. aku cuba taip. ok aku berjaya. tapi cuma perkataan 'aku'. aku...aku...aku... aku genggam kedua-dua belah tangan dan meletakkan genggaman sebelah kiri di atas meja dengan genggaman sebelah kanan di atasnya. aku letak dahi aku atas dua genggaman tersebut sambil pejam mata. bibir aku, aku gerak-gerakkan mengikut lagu The Hardest Part nyanyian Coldplay. 

...and the hardest part was letting go, not taking part...

Media Player Classic Home Cinema terus memainkan muzik-muzik Coldplay dan aku terus cuba ikut menyanyi lagu The Scientist.

...come up to meet you, tell you i'm sorry...
...tell you i set you apart...

...oh let's go back to the start...

...nobody said it was easy
no one ever said it would be this hard
oh, take me back to the start...

...don't speak as loud as my heart
and tell me you love me, come back and haunt me...

aku berhenti sampai tell me you love me. itu aku lama dahulu. lama sebelum rasa bersalah duduk dalam hati aku dan membakar hati aku macam asid. aku tarik nafas dalam-dalam. aku lepaskan. aku lepaskan bersama-sama ingatan peristiwa-peristiwa lampau yang gelap dan segumpal harapan aku yang tak rasional. aku tak lagi mengharapkan rasa sayangnya. apa yang aku harapkan adalah lebih besar dan jauh lebih berat daripada itu.



sebuah kemaafan.



aku rasa aku dan kau berbeza.
aku tak pernah beri apa-apa pada kau melainkan
keburukan dan kesusahan.

maafkan aku.


1 comment:

Anonymous said...

berpisah dah?