15 November 2013

pergi mati sama simpati. bhg2

12 November 2013


jangkaan aku benar sebagaimana mimpi pada malam tadi. walaupun sudah berkali-kali aku minta rakanku untuk menyediakan ruang di dalam keretanya untuk aku, supaya aku boleh membawa barang-barang pindah dari sini, tetap aku gagal mendapatkannya. ruang untuk aku cukup untuk beberapa beban dan tidak setimpal dengan kos yang aku dahulukan. aku senyapkan diri buat seketika menahan diri daripada mempertikaikan hak mutlaknya.

"suka hati dia la kereta dia...", suara dari dalam kotak kepala aku cuba memujuk.

kekecewaan ini bukan pertama kali aku rasakan. sudah berkali-kali. akhirnya hari ini aku serik. jemu aku meminta pertolongan daripada dia yang pada mulanya aku label sebagai kawan. selepas petang tadi, aku rasa dia bukan. di mana silapnya? tentulah daripada diri aku sendiri yang tidak berdikari dan mengharapkan orang lain untuk membantu. mungkin aku boleh beli perkhidmatan dia dengan ringgit malaysia tetapi mustahil untuk membeli simpati kerana orang yang mempunyai empati sahaja mampu memberikan simpati. walau apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. aku tahu kenyataan ini klise yang keterlaluan. namun, itulah hakikat kehidupan yang wajib atau lebih hitler lagi disebut terpaksa bagi setiap manusia untuk menerimanya. hari ini aku belajar bahawa hidup mengharapkan simpati berbeza sedikit sahaja daripada mati. 

23:30 malam, aku dikhabarkan bahawa kereta dia rosak dalam perjalanan. aku masih marah dia tetapi tetap berdoa supaya urusan dia Allah permudahkan dan semoga dia dilindungiNya daripada bahaya malam. dalam masa yang sama, ayah hubungi aku mengatakan bahawa dia akan jemput aku di kampus untuk kembali ke rumah.

2 refleksi:

| NOUR | said...

belajar jangan mengharapkan pertolongan dia sebagaimana kita menolong dia sebab akhirnya hati kita juga yang akan sakit. hati kita juga yang jadi tak pernah nak ikhlas.

p/s : payah bila bertemu dengan manusia yang pemikirannya tak serupa kita.

pp/s : setiap pengalaman yang kita tempuhi tu pasti ajarkan kita tentang sesuatu dan juga peringatan bukan :)

Miss Kitt said...

Satu perkara yang ayah selalu pesan, sandarkan kebergantungan kita kepada Allah... maka Dia akan kirimkan seseorang atau mungkin, membuka jalan. buat kita...

Anggap sahaja 'kawan' itu sebagai perantara yang dikirimkanNya. Bersama ujian kesabaran. Allah menguji kerana sayang fiq...

Jadi kuat? :)

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa