12 November 2013
apabila aku buka mata, aku berada di suatu tempat yang sangat asing. tempat itu namanya Simpati. tempat itu tercemar, penuh debu tanah merah, dan kelihatan seolah-olah kawasan kuari atau kawasan pembinaan bangunan. cuma kesan pencahayaannya malap seperti dalam belukar.
aku dihantar ke Simpati untuk membuat apa-apa permohonan barang kerana khabarnya di situlah tempat termasyhur yang boleh diharapkan bagi manusia-manusia kurang berada memohon hal-hal kebendaan. namun, entah kenapa di situ aku tidak dihiraukan dan akhirnya aku pulang dengan hampa. barang yang aku dapat, hampas. tak berbaloi dengan kesengsaraan yang aku laburkan untuk berada di situ. datang aku ke situ bukan dengan pilihan. pulang aku pula dengan keterpaksaan. aku berlari menyelamatkan diri setelah aku sedar tempat tersebut berbahaya dan kurang sesuai bagi seorang budak perempuan macam aku. hmm macam aku. kau faham la kalau kau kenal aku. tiba-tiba, entah keluar dari ceruk mana, ada sebuah kereta muncul di pinggir jalan. di dalamnya, aku nampak keluarga aku telah sedia menanti. aku berlari mendapatkannya. aku buka pintu dengan kasar. aku masuk. aku tutup kemas-kemas. aku berasa lega sewaktu kereta membuat pusingan U kerana aku tahu aku akan pulang ke rumah.
*****************************************************
sekali lagi aku buka mata, aku gapai telefon mobail. jam menunjukkan 06:27. lagi tiga minit, penggera akan memekik-mekik memaksa aku bangkit dari tilam. aku masih gelisah walapun peristiwa tadi cuma mimpi kerana mimpi aku sentiasa membawa alamat. alamat supaya aku mempersiapkan mental sekental waja. ah!
No comments:
Post a Comment