20 September 2014

dua kuasa satu.


hidup ini ibarat roda. ada naik turun. kadang di atas kadang di bawah. aku yakin kau pernah dengar kata ini. dan aku lagi yakin kau mampu hadap hidup yang kau harung hari-hari itu. walau rasa macam neraka.

Tuhan tak bagi kita hidup saja-saja. ada sebab. ada hikmah atas setiap sesuatu. 

Tuhan tak bagi kita ujian suka-suka. Dia pandai. Dia bagi setimpal dengan kudrat upaya kita. kau rasa kau dah cukup lemah? dah cukup tak mampu? cuba kau celik mata tengok orang lain. cuba...

nasib kau kau sendiri patut ubah. tiada yang dapat tolong kalau hati kau sendiri lemah. buka mata, buka hati, buka fikiran. kau tak pernah sendiri kawan. kerna kau ada aku. aku ada kau... dan kita ada, Dia. mari? kita raih damai kita bersama.

0 refleksi:

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa