17 September 2014

perbualan 30 julai. waktu insomnia.

Rover : kau pun kenal aku...aku ni keras hati....hati batu...aku susah nak sayang orang...padahal sudah jelas-jelas orang tu buat benda baik...

Ranger : aku cuba nak mintak kau lapangkan dada untuk terima orang. janganlah hukum orang lain dengan masa lalu kau. tak adil. untuk dia dan diri kau sendiri. maksudnya, kau belum redha dengan apa yang dah jadi dulu. lepaskanlah. maafkan diri kau sendiri. maafkan yang tepek luka kat kau tu.

Rover dongak langit. Rover pejam mata. Rover tarik nafas. dalam jantung Rover, bunyi suara Rover sendiri bergema berlanggar-langgar dalam empat chamber

"tak payah nak suruh orang lain sarung kasut kau.
orang lain tak ada masa nak rasa apa yang kau pernah rasa.
kau buka kasut kau.
buang plaster yang dah berlumut balut luka kau berbelas-belas tahun tu.
biar luka kau cepat kering.
bila dah jadi parut, tak sakit pun."



No comments: