


p/s : Is there anyone out there who can help me installing Adobe Photoshop CS3? (current windows i'm using : windows 7). (~_~')S.O.S
Setidak-tidaknya dengan mata ini aku mampu melihat isi bumi; memungkinkan aku berfikir tentang penciptanya. Sungguhpun tiada keupayaan bagi aku melafazkannya, namun aku melihat sendiri kejadian-kejadian di atas dada bumi ini yang membuatkan aku mampu membanding sama ada betul atau batil.
Berbanding manusia buta tetapi diberi nikmat untuk menikmati nikmat berkata-kata. Dengan lidah yang Dia berikan, seenaknya mereka boleh berkata-kata; melafazkan apa yang dirasa, memberitahu apa yang diagak, menyebarkan apa yang didengar. Tetapi, apakah mereka mengetahui kebenaran daripada apa yang mereka perkatakan itu, sedangkan untuk melihat sahaja mereka tidak mampu?