03 August 2012

hari ini hari Bagus. bhg 2


Julai, 20 - Jumaat - 11:50

Dalam pada perut memulas, aku terus mengunyah nasi kontang dan daging ayam yang keras kebatun boleh dibaling ke dinding. Sekadar mengalas perut kerana aku akan sampai ke JB Sentral pada waktu malam. Mahu melecet esofagus aku dibuatnya. Baharu luak seperlima nasi tersebut, aku tutup bekas makanan aku sementara Asiah baharu sahaja membuka bekas makanannya untuk makan. Aku berlari ke tandas. Ekspresi wajah sewaktu keluar dari tandas tentu sekali perkara yang menimbulkan persoalan kepada orang sekeliling yang melihat. Macam baharu lepas bertumbuk. Aku berlari lagi dan sejurus aku sampai di bilik, Asiah telahpun siap. Aku sarung tudung bawal yang hanya dipin di bahagian leher. Dengan menggenggam dua biji pin di tangan kanan, aku sandang beg laptop. Berlarilah aku dengan terhuyung-hayang turun tangga dan mendaki bukit sehingga pada satu tempat betul-betul di pertengahan bukit, dengan tiba-tiba aku pekik pada Asiah.

“Alamak, beg balik kampung tertinggal!”





Bersambung..

0 refleksi:

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa