04 August 2012

hari ini hari Bagus. bhg 3


Julai, 20 - Jumaat - 12:10

Aku berlari patah balik ke asrama untuk mengambilnya sambil tangan kiri mendail nombor rakan sebilikku manakala tangan kanan menggenggam pin. Sebaik panggilan dijawab, aku pekik dalam satu nada.
         
“Hello Muna Muna Muna tolong ambilkan beg putih ok terima kasih!”

Aku capai beg, aku lari. Dalam kereta, aku mengah. Sambil mengelap peluh yang dari tadi menyimbah-nyimbah, aku yang berada di tempat duduk belakang cuba memanjangkan leher untuk melihat jam pada dashboard. 12:29. Tiket aku pukul 12:30. Aku sangat berharap masa tertangguh lagi 5 minit walaupun aku tahu masa tak pernah gagal matematik. Sampai di stesen kereta api, hanya aku yang keluar daripada kereta. Asiah, Kakfara, Kak Mas, Kak Teha dan Lee selaku tuan empunya kereta hanya duduk di dalam sambil memberi sokongan moral kepada aku supaya bergerak lebih cepat. Malangnya, itulah kelajuan maksimum tangan dan kaki aku boleh buat. Terasa seperti ATP hampir kontang. Selepas bersalaman ala kadar, aku terus menuju ke platform. Tak toleh ke kiri kanan, tak dongak ke langit, tak tunduk ke tanah. Dengan tudung tidak berpin dan kain senget sebelah (sebab keluar daripada tandas tadi tak sempat nak betulkan comel-comel), aku jalan menonong. Peluh? Tak boleh cerita. Peluh kepenatan campur peluh sakit perut campur peluh cemas dek bimbang terlepas kereta api menjadikan keadaan aku berbeza sedikit sahaja daripada orang baharu lepas bersukan. Bezanya cuma aku berbaju kurung dan membimbit beg dengan muka cuak. Sekonyong-konyong mata aku menangkap sebuah imej. Farid Supandi?!





Bersambung..

1 refleksi:

ash_mza said...

alamak tergantung!

#menanti-sabar

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa