26 December 2012

dua kuasa satu itu bererti dua individu yang berkongsi satu laman.

saya tak tahu di mana dia berada sekarang. saya fikir, dia juga tidak tahu. perasaan marahnya terhadap saya telah bawa dia pergi. entah ke barat, entah ke timur. mungkin boleh saya gambarkan perasaan marahnya itu berupa belon panas. ya, panas. dia naik ke dalam bakul belon tersebut sebelum belon itu terbang entah ke mana-mana. tubuhnya ada. adakalanya, tubuhnya bertandang ke bilik saya di kolej kediaman. namun, jiwanya sudah lari; menaiki belon panas tersebut. kalau kamu jumpa, tolong kaitkan belon panas tersebut dan tambat pada mana-mana pokok. jangan lupa siram api belon tersebut dengan air kopi dan tolong jagakan jiwanya itu untuk sementara. nanti saya datang jemput dia. boleh saya minta tolong pada kamu? bukan apa...polis tak akan layan laporan saya yang merepek ni.

0 refleksi:

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa