31 July 2013

apa pegang-pegang ni?? haram...!



transit aliran ringan terus bergerak setelah perutnya disumbat dengan tubuh manusia yang bermacam-macam rupa. macam-macam rupa, macam-macam warna, macam-macam bau. macam-macam fi'il. sampai di stesen Hang Tuah, 'dia' bersuara lembut.

"ok la. saya berhenti di sini. nanti ada apa-apa hal, contact ye. assalamu'alaikum."

"wa'alaikumussalam warahmatullah...", jawab tiga orang rakan aku serentak. nada ceria.

aku jawab antara nak dan tak nak. tak mahu ambil peduli, sebenarnya. aku pandang wajah seorang daripada rakanku, dia tersenyum-senyum. teringat aku pada kata-kata rakanku ini yang memuji kenalan lama aku tadi dengan kata adjektif yang manis-manis sewaktu aku membeli token. aku buat muka tegak.

"orang baik, dia ni...", seorang rakan aku yang lain tiba-tiba memberi usul.
"tengok muka pun tahu, dia ni orang baik-baik.", dia menyambung.

aku diam. tidak membantah usulnya itu. aku memilih untuk tidak bercakap ketika perasaan marah membahang dalam hati. dalam minda aku, macam-macam perkara berkisar. aku pandang tingkap gerabak tetapi mata aku tidak tertumpu pada cermin lutsinar itu mahupun bingkainya. mata aku berkeliaran jauh ke luar tingkap. aku nampak bayangan situasi macam mana 'dia' senggol sikunya ke bahu aku ketika bergurau di kaki lima tadi. macam mana 'dia' menepuk-nepuk bahu aku supaya aku tidak berasa tersinggung dengan gurauannya. 'dia' tarik pergelangan tangan aku untuk pulangkan syiling baki beli token. sepanjang berjalan pulang dari kedai pakaian ke stesen transit aliran ringan, aku rimas. panas hati.

"ini kali ke-berapa kau berdua berjumpa?", suara rakan aku yang seorang lagi memangkas bayangan peristiwa buruk tadi dari terus tumbuh. aku pandang wajahnya; cuba menyembunyikan apa yang aku rasa.

"ini kali pertama setelah lima tahun berpisah.", suara aku mendatar.

dia yang pada mulanya mengagak baharu sehari dua aku mengenali lelaki kacak tadi kelihatan terkejut dengan jawapan yang aku berikan. aku tidak mempedulikannya. aku sibuk melayan rasa kecewa. aku bertekad untuk tidak berjumpa dengan ‘dia’ lagi. kalau terjumpa? mahu aku tumbuk muka ‘dia’ tepat-tepat pada matanya. haaa.....






alahai...baharu beberapa bulan tinggal di kota metropolitan, sudah kau buang karakter budak sekolah pondok kau tu ya...manusia-manusia...........cepat benar masa mengubah kau.

p/s : kredit kepada alpijod.blogspot.com untuk foto asal.

0 refleksi:

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa