28 February 2010

papaitupil. (tak ada dalam kamus pun...)



Perasaan : Bercampur-aduk macam ABC tapi tak sedap. Ptuih!

na na na na na..Bunyi lagu nada dering yang buruk dan selayaknya dicarut.

Ayah : Hello.
Itan : Hello. Assalamu'alaikum.
Ayah : Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Itan : (Gelabah) Err baru keluar dari tandas..err Ayah buat apa? (Aku cuba tanya soalan yang aku sendiri menyampah berserta malas nak jawab kalau ada orang tanya.)
Ayah : Tengah siapkan IP (investigation paper).
Itan : Ooh.. Ayah sibuk? Tak apa lah. Buat la.
Ayah : Ayah nak buat. Tapi Si Jeri ni bersin kat kaki Ayah.
Itan :(Mula ketawa).(Memandangkan itu panggilan ketujuh selepas enam panggilannya tak aku jawab kerana berada di tandas, aku fikir ada sesuatu yang sangat penting ingin dia beritahu! Barangkali. Lalu....) Ada apa Ayah telefon? Ayah nak cakap apa tadi??
Ayah : Tak ada nak cakap apa-apa. Tu je Ayah nak cakap. Kucing bersin kat kaki Ayah.
Itan : Hahahahahahahaha
Ayah : Mak ada dalam bilik......................
Itan : Hahahahahahahaha
Ayah : Si Asrap tengah siram pok................
Itan : Hahahahahahahaha
Ayah : Ok lah. Ayah nak pergi kedai. Beli pa....
Itan : (Masih dengan haha nya)

Hahahaha.... Ayah telefon aku semata-mata nak beritahu kucing bersin dekat kaki dia? Hahaha aku tak boleh terima! Rasa nak melecet ginjal aku ketawa. Hahahahaha....

Ok lah. Tak kelakar pun. Bagi kamu. Bagi aku, setiap kata-katanya serupa pil-pil ubat. Ayah sebaik-baik terapi untuk aku.

:)

3 refleksi:

Amir said...

aku pun rasa nak tergelak bila baca, hehe... maybe ayah itan nak itan tahu kot walaupun benda tu xdelah penting pun. hehe... mesti itan akan ingat sampai bila2.. :D

itan said...

naluri seorang ayah~
ayah memang mcm tu.
mcm2 tau2 je anak dia tengah susa.
tp masa susa dia,
dia xpernah ckp.

:'-)

SaFF said...

keh keh keh..kucen mmg best!i loike! :D

darjah

catatan

 
bloggerbukan.gila.kuasa