22 February 2010

belajar menelan benda pahit..

Celik, lalu kita akan nampak bermacam-macam perkara di hadapan kita. Sedangkan kosong juga adalah perkara. Pejam, lalu kita akan nampak lebih bermacam-macam lagi perkara. Mungkin sesuatu yang tidak terlihat malah terfikir oleh orang lain. Celik dan pejam, lalu kita tak akan mampu untuk melihatnya sedangkan ia berada betul-betul di hadapan kita. Ya. MASA. Siapa di antara kita mampu melihat masa depan? Kau? Mustahil. Aku? Mustahil kuasa dua. Banyak sudah kejadian-kejadian yang terjadi dengan menjadi-jadi. Lambakan graduan IPT menganggur dan kemelaratan hidup supermodel yang dulunya cantik menggiur. Mungkin sekarang senang. Siapa tahu tentang masa akan datang? Dan juga sebaliknya. Mungkin pucuk betik itu pahit rasanya. Namun, tidak bagi orang yang telah terbiasa. Mungkin melakukan sesuatu yang tidak kita ingini atau paling tidak kita ingini adalah pahit. Namun, cubalah belajar untuk menelannya. Lali membuatkan seseorang mampu menghadapi semua perkara yang berlaku,berlalu. Mungkin itulah penawarnya nanti.

p/s: huhu.macam mana nak susun ayat yang matang ni... :(
kepada gadis bilik sebelah : maaflah.mulut aku memang kurang ajar.tapi Aris Ariwatan cakap: manis jangan terus ditelan,pahit jangan terus dibuang.dan aku sangat percaya pendapat ramai orang tentang "manusia berubah".
kepada budak besar : peribahasa "alah bisa, menyampah macam biasa" tu kadang-kadang berguna juga. ;P
renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

3 refleksi:

Miss Kitt said...

gadis bilik sebelah?
so sweet^^

itan said...

hihiii
tol2 gadis bilik sbla.
bukn 'gadis bilik sbla' taw..(gadis biasa)

i-SYA said...

oh, cantik. mustahil kuasa dua. terlalu benar kata itu. :)

dan saya suka kata kamu. sedangkan kosong itu juga adalah perkara.

darjah

catatan

 
bloggerbukan.gila.kuasa