26 June 2010

tiada tajuk.


Masa!
aku dengar kau boleh merawat luka.
berlalu cepat.
aku mahu esok.

Esok!
tolong jumpakan aku dengan aku.
aku mahu aku versi lama
sebelum aku jadi tengkorak tanpa otak
seperti sekarang.

21 June 2010

skip and search




If I could, I would skip you and searching for another you.
But to lead a life is not as easy as pressing buttons on a radio.

p/s : i wanna skip this hard time and searching for a better moment!! ya Allah.....gimme strength..

04 June 2010

monolog.

CINTA ITU ADALAH......

1. Antara manusia dengan Penciptanya = "Bertepuk sebelah tangan."

Kerana cuma Dia yang menyayangi dan mengasihi aku.
Aku bagaimana?
Ada aku membalasnya?
Ada aku cinta padaNya?
Ada aku menurut apa mahuNya?
Ada aku bersyukur atas apa yang Dia beri pada aku?
Layakkah aku memanggilnya 'kekasih' padahal aku cuma parasit di bumiNya?
Kau yang sedang membaca itu pula bagaimana?


2. Antara manusia dengan ibu bapanya = "Bertepuk sebelah tangan."

Selepas semua luka-luka yang sudah aku toreh pada hati mereka, masih lagi mereka mencintai aku bersama titis-titis darah pilu yang masih panas itu.
Aku bagaimana?
Ada aku membalasnya?
Ada aku cinta pada mereka?
Ada aku menurut apa mahu mereka?
Ada aku berterimakasih atas apa yang mereka beri pada aku?
Layakkah aku memanggil mereka 'kekasih' padahal aku cuma parasit di rumah mereka?
Kau yang sedang membaca itu pula bagaimana?


3. Antara manusia (laki-laki) dengan manusia (perempuan) = "Menjadi bodoh bersama-sama."

Cinta yang hanya menurut hawa nafsu.
Aku bagaimana?
Bodoh.
Kau yang sedang membaca itu pula bagaimana?

01 June 2010

pemadam untuk dam dara dam dara


Siapa ada pemadam ajaib?
Boleh beritahu aku di mana boleh aku dapatkannya?
Kalau ada, mahu saja aku padam segala kesalahan yang lalu.

p/s : hey!hey kau!!dunia sudah nazak.dan aku takut menghadapi itu..kau??