13 October 2012

gadis kecil itu Wani namanya.

Salam, ckgu ngah wt pe? Wani rndu kn ckgu. Wani nk jmpe ckgu. Wani syng kn ckgu. Dlm hdup wani ckgu lh wani punye pahlawan. Wani x bleh lpe kn ckgu. Klau wani nak ingat ckgu wani slalu tngok mta ckgu n gigi.

Gigi??? 
Cikgu yang nampak gigi tu, Wani...



Saban malam sebelum tidur, tangan kananku dipegang gadis kecil itu, dijabat, lalu dikucupnya. Kalau aku belum naik ke katilku di tingkat atas, pipiku juga turut dikucup. Pada hari-hari terakhir aku di sekolah itu, bukan sahaja kedua-dua belah pipi, malah dahi dan bibirku turut dikucupnya. Aku membiarkan sahaja dia melakukan sedemikian. Pada kebanyakan masa, aku sudah naik ke atas katil namun tidak berupaya untuk melelapkan mata kerana belum terbiasa dengan jadual tidur asrama murid-murid sekolah itu yang pada pendapat aku agak awal berbanding waktu tidur kebiasaanku di kolej kediaman. Tepat 10:30 malam, loceng berbunyi menandakan lampu asrama perlu ditutup.  Di sana tidak seperti di kebanyakan asrama sekolah lain. Warden tidak perlu memarahi murid-murid untuk menutup lampu, sebaliknya mereka sendiri akan memarahi rakan seasrama yang masih menggunakan lampu pada waktu tersebut. 

"Hey, deme! Tutup lampu! Silau lah!"

"Aok tak reti bahasa ke?! Kome nak tidur pun tak senang! Tutup la lampu!"


Aku, sungguhpun aku seorang guru, tetapi tidak sesekali aku menggunakan label 'aku cikgu' hanya untuk diberi pengecualian menggunakan lampu pada waktu tersebut. Tinggal di asrama bererti aku perlu mengikut peraturan di asrama. Pernah juga aku menghabiskan sisa-sisa kerja pada empat puluh minit selepas pukul 10 tetapi perbuatan itu pastinya tidak disenangi murid-murid di asrama. Semenjak itu aku memaksa diri mengikut jadual mereka.

Aku terkebil-kebil. Sekejap- sekejap mindaku kosong. Ada kalanya ligat memikirkan sesuatu. Aku masih terkebil-kebil cuba melelapkan mata. Aku memalingkan tubuh dengan rusuk kiri berada di bawah dan dada menghadap katil murid-murid. Aras mataku, aku rendahkan. Dalam samar-samar cahaya dari kaki lima, aku terpandang Wani memandangku. Gadis kecil itu merenung mataku. Sebuah renungan meminta...... meminta.................... aku tak tahu apa yang cuba dimintanya. Hati aku gusar apabila melihat air mukanya. Aku lemparkan senyuman ceria sepertimana selalu aku lakukan. Tetap tiada apa yang berubah dengan cara renungannya. Tetap aku tidak mengetahui apa yang cuba dimintanya. Mungkin sahaja boleh aku katakan apa yang dimintanya adalah sebuah pertolongan.

*****************************************************

"Wani tu...keluarga bermasalah juga tu...", pesan GPK dalam keadaan aku berpaling daripada menghadapnya ketika sedang menyiapkan tugasan yang diberikan. Aku respon kepadanya cuma dengan hiatus bunyi papan kekunci ditekan.

0 refleksi:

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa