Showing posts with label sweet child of mine. Show all posts
Showing posts with label sweet child of mine. Show all posts

16 May 2014

listen.

so kids will listen to you.

happy teacher's day.

03 May 2014

orang.



aku : kenapa mak pukul?


mak : sebab pukul la kau jadi orang.

aku : manusia tak boleh berperasaan takut dan sayang terhadap satu orang yang sama dalam satu-satu masa. kita fikir, dengan memukul kanak-kanak, kita dapat menyebabkan kanak-kanak itu mengikut perintah kita tetapi kita lupa bahawa sedikit demi sedikit kita kehilangan rasa hormat kanak-kanak tersebut terhadap kita. kita lupa suatu hari nanti kanak-kanak itu akan dewasa dan kuat. kita pula akan jadi tua. kita yang lemah. bumi ni berpu- 

mak : kau jangan pukul anak murid...

aku : nanti tak jadi orang.

mak : ...

20 March 2014

my all.

my friend once asked me.

friend : (cynically) so loaded, huh, you bought them all these expensive farewell gifts? hey, you don't belong to this school forever. we're just doing practical training here. and one day, you'll forget them and they'll forget you. plus, they are all just poor kids who i-don't-think will appreciate what they got. it's such a waste. i don't get it.

i just want to give them what i really wanted when i was their age. my parents gave their best or might be all they have to raise me up even i didn't appreciate them. now i give those kids my best even if they won't appreciate. what is wrong with that? you don't hope for any reply when you give cats a lunch, because you love them, don't you? you know i'm no good. at teaching. but,  i do believe teaching is limitless. not only in a classroom. who knows one day when they grew up, if they still remember this moment, they learn about what love is. i don't expect much. i just want them to not stop learning. because life is all about learning.

i don't know whether she asked for an answer or just wanted to speak her mind. so, i just shut up and didn't give any. 

18 March 2014

smiling sunshine.

i think my purpose of life is to be real happy.
but, to be happy is to know the real purpose of life.

what are the purposes of life as a muslim
other than to please Allah, right?
so, keep smiling! :) 

24 February 2014

take me back to where i’m from.

being adult is not like what i thought when i was a little child. i want to be a child again. and forever. i rather cry because father don’t give me an ice cream while my brothers got one each than cry because i know the word ‘Unfair’ and feel the sharp pain as the Unfair bite my heart.

i’m not talking about didn’t get an ice cream.
but time, space and chance.

26 October 2013

cikgu kaca mata


murid : cikgu, kenapa suara cikgu dah lain?
cikgu : lain? lain macam mana?
murid : dulu suara cikgu masa mula-mula datang dulu lain.
cikgu : lain eh?
murid : ha'ah.cikgu nampak pucat.
cikgu : pucat pulak?
murid : ha'ah pucat.cikgu tak pakai cermin mata.
cikgu : apa kaitan suara dengan cermin mata?
murid : tak tau dia. (tuding jari ke kawan sebelah.)


22 February 2013

gemar boleh mengakibatkan geram. juga boleh dikelirukan olehnya.

hari ini hari terakhir dalam minggu keempat aku berada ni SK LKTP Tersang 1. bermakna sudah satu purnama aku menyelami kehidupan sebagai guru di sekolah felda. mendidik anak-anak felda. hari pertama aku masuk ke kelas, murid-murid itu aku suruh mereka perkenalkan diri masing-masing di hadapan kelas. aku suruh mereka nyatakan nama penuh, nama panggilan, dan warna kegemaran masing-masing.

murid  |  warna kegeraman saya...ialah......
guru  |  apa yang awak geram sangat dengan warna tu? 

13 October 2012

gadis kecil itu Wani namanya.

Salam, ckgu ngah wt pe? Wani rndu kn ckgu. Wani nk jmpe ckgu. Wani syng kn ckgu. Dlm hdup wani ckgu lh wani punye pahlawan. Wani x bleh lpe kn ckgu. Klau wani nak ingat ckgu wani slalu tngok mta ckgu n gigi.

Gigi??? 
Cikgu yang nampak gigi tu, Wani...



Saban malam sebelum tidur, tangan kananku dipegang gadis kecil itu, dijabat, lalu dikucupnya. Kalau aku belum naik ke katilku di tingkat atas, pipiku juga turut dikucup. Pada hari-hari terakhir aku di sekolah itu, bukan sahaja kedua-dua belah pipi, malah dahi dan bibirku turut dikucupnya. Aku membiarkan sahaja dia melakukan sedemikian. Pada kebanyakan masa, aku sudah naik ke atas katil namun tidak berupaya untuk melelapkan mata kerana belum terbiasa dengan jadual tidur asrama murid-murid sekolah itu yang pada pendapat aku agak awal berbanding waktu tidur kebiasaanku di kolej kediaman. Tepat 10:30 malam, loceng berbunyi menandakan lampu asrama perlu ditutup.  Di sana tidak seperti di kebanyakan asrama sekolah lain. Warden tidak perlu memarahi murid-murid untuk menutup lampu, sebaliknya mereka sendiri akan memarahi rakan seasrama yang masih menggunakan lampu pada waktu tersebut. 

"Hey, deme! Tutup lampu! Silau lah!"

"Aok tak reti bahasa ke?! Kome nak tidur pun tak senang! Tutup la lampu!"


Aku, sungguhpun aku seorang guru, tetapi tidak sesekali aku menggunakan label 'aku cikgu' hanya untuk diberi pengecualian menggunakan lampu pada waktu tersebut. Tinggal di asrama bererti aku perlu mengikut peraturan di asrama. Pernah juga aku menghabiskan sisa-sisa kerja pada empat puluh minit selepas pukul 10 tetapi perbuatan itu pastinya tidak disenangi murid-murid di asrama. Semenjak itu aku memaksa diri mengikut jadual mereka.

Aku terkebil-kebil. Sekejap- sekejap mindaku kosong. Ada kalanya ligat memikirkan sesuatu. Aku masih terkebil-kebil cuba melelapkan mata. Aku memalingkan tubuh dengan rusuk kiri berada di bawah dan dada menghadap katil murid-murid. Aras mataku, aku rendahkan. Dalam samar-samar cahaya dari kaki lima, aku terpandang Wani memandangku. Gadis kecil itu merenung mataku. Sebuah renungan meminta...... meminta.................... aku tak tahu apa yang cuba dimintanya. Hati aku gusar apabila melihat air mukanya. Aku lemparkan senyuman ceria sepertimana selalu aku lakukan. Tetap tiada apa yang berubah dengan cara renungannya. Tetap aku tidak mengetahui apa yang cuba dimintanya. Mungkin sahaja boleh aku katakan apa yang dimintanya adalah sebuah pertolongan.

*****************************************************

"Wani tu...keluarga bermasalah juga tu...", pesan GPK dalam keadaan aku berpaling daripada menghadapnya ketika sedang menyiapkan tugasan yang diberikan. Aku respon kepadanya cuma dengan hiatus bunyi papan kekunci ditekan.

07 April 2012

Shahrul

"cikgu..cikgu.. cikgu dah ada calon?"




*calon nak kena pelempang dah ada dah..