31 December 2013

bunga telur.

“bukannya nak makan sangat pun telur tu…bunga tu pun, bukan dibuat apa pun lepas ni…tapi boleh kecil hati kalau tak dapat.” sambil duduk di ruang tamu, ayah membelek-belek bunga telur yang diperoleh di rumah pengantin yang dia pergi semalamnya.

ayah sibuk bercerita perihal keistimewaan menerima bunga telur terutamanya bagi masyarakat Melayu era pra iphone. saat-saat bunga telur paling bernilai adalah sewaktu tetamu meninggalkan kawasan rumah pengantin dan berjalan menuju ke motor atau motokar atau rumah jika rumahnya terletak berdekatan. berjalan pulang sambil membawa bunga telur dari rumah pengantin dan dilihat orang sekeliling merupakan suatu kemegahan buat si tetamu tersebut.

sesekali apabila ayah senyap, aku mencelah merancakkan rentak perbualan. bunga telur juga melambangkan darjat keakraban seseorang tetamu dengan si pengantin kerana cuma tetamu-tetamu tertentu sahaja yang menerimanya sementara yang lain cuma menerima telur yang mungkin diletakkan di dalam bekas kotak kad atau uncang fabrik sifon atau apa-apa sahaja bekas kecil. ramai orang ada masalah untuk membezakan antara harga dan nilai. harga bunga telur mungkin saja paling mahal tidak jejak Ringgit Malaysia lima per tangkai tetapi nilai dan sentimen yang terdapat padanya cuma boleh dirasai oleh orang yang memahami falsafah bunga telur itu sendiri.



******************************************************


“telur itu simboliknya memanjangkan zuriat. orang zaman sekarang, beri gula-gula. gula-gula dimakan, sampah dibuang merata-rata. haa itulah puncanya habis madu sepah dibuang.” suara seorang pensyarah falsafah seni sewaktu aku di kampus dahulu tiba-tiba bergema dalam ruang tamu.

0 refleksi:

darjah

 
bloggerbukan.gila.kuasa