26 April 2011

let's see who's faster.


i'm gonna tell you this. just once. i love the art of photography more than you. so, that's why you could see there's still a smile in my face the moment you're gone. she deserves you and i deserve her.

i'm talking about the art.

p/s : unedited.

23 April 2011

3 sebab aku memuat naik foto ini.


1. Foto ni belum pernah dimuat naik.
2. Perasaan gembira yang melampau-lampau hari ini.
3. Broadband line berdesup-desup tahap kelajuannya.
4. Tiada satu pun antara sebab tersebut dapat dikategorikan betul atau setidak-tidaknya separa betul.

p/s : maaf semua.kurang sihat hari ni.menggeletar dan sejuk kaki dan nampak bintang banyak banyak banyak banyak banyak..........sekarang saya janji saya takkan minum white coffee lagi dan sekarang jugak awak percaya saya akan ingkari janji tu.

21 April 2011

rindu pada perempuan itu... (II)


Manik-manik putih ini dulu sering sangat gugur kerananya. Sudah terlalu sakit dengan aktiviti rutin lihat dia lihat aku.Mahu ku sapa, hati melarang. Bukan ego, tapi..tapi entah. Ego lah tu.

16 April 2011

laman


Laman hati aku, selalu dia datang. Tapi dia sendiri tak pernah tau.
Laman penulisan ini, mungkin selalu juga dia datang. Dan aku tak pernah tau.

p/s : Pameran dan Ujian Amali PSV semester 3.Semoga semua berjalan lancar seperti yang dimahukan.Amiin...

13 April 2011

terima kasih sigit purwanto


semakin hari semakin ramai teman-teman aku menghapus blog masing-masing.termasuklah Sigit si penulis puisi.mereka ada sebab mereka tersendiri.dan insyaAllah aku akan terus menulis lagi dan lagi dan lagi sampai satu ketika dunia mengharamkan abjad dan angka.

p/s : cubaan pertama poster pameran.

10 April 2011

dibakulsampahkan.


terima kasih la sebab aku ni perempuan pertama dalam hati kau.nama aku paling paling paling atas dalam senarai hitam. kau ikut jalan kau, aku dengan jalan aku. jalan aku jalan kokak tanpa talian hayat. setidak-tidaknya aku ada sahabat. nama dia FIRASAT.kau ada?

08 April 2011

tahap bangkai.bukan sampah!


Ini sampah. Yang aku nak cerita sekarang bukan sampah. Tapi, bangkai. OK macam ni.. Kalau perasaan adalah sesuatu yang bersifat konkrit dan bukannya abstrak, mungkin rupa rasa tidak diperlukan itu cantik sedikit sahaja dari bangkai. Urgh!!


p/s : see...you can survive without me....

03 April 2011

boleh ke orang makan cili rasa keju?


sekarang ni aku Phyca Antares.tapi kalau aku Vlad Tepes, aku boleh jadi Vlad II atau lebih berfesyen lagi, Vlad Dracul.manusia-manusia yang GILA NAMA DAN PANGKAT takkan jadi bangkai atas tanah naungan dan jajahan aku.selepas mereka semua dibunuh mandatori, daging mereka dipotong-potong menjadi ketulan kecil untuk dibuat nuget dan laki mereka akan tengok aku pakai baju dari kulit bini mereka.faham?

02 April 2011

entri yang sepatutnya dipos awal sebelum waktu sekarang tapi terbantut sebab sjfghzzzzz...




waktu sekarang 23:24.aku mahu ucap tahniah kepada manusia yang mewujudkan frasa kerja di sebalik tabir kerana kerja di sebalik tabir memang selayaknya dipanggil kerja di sebalik tabir.aku benar-benar memaksudkan di sebalik tabir tu.sebab orang di depan tabir takkan nampak apa-apa tentang pekerjaan tu selain kesilapan. ah! persetankan..

28 March 2011

longing 1995


To restart a relationship is never easy as to start it. Ever heard?

dalam mood cari ilham untuk catan-


p/s : sibuk

22 March 2011

refleksi

Ini boleh jadi adalah entri paling aku sayang sepanjang jadi penulis blog dan penggiat seni.
Dan juga sebagai teman. Mungkin.

kecewa

HINGAR dan mempersenda persembahan absurd ketika perjumpaan teater adalah suatu kebebalan yang melampau.boleh merangsang KEBISUAN hati.ok?jangan kacau.

Kamu, walaupun aku banyak krisis dengan kamu, tidak sesekali aku membelakangi kamu kerana aku sangat menghormati kamu. Dan melihat usaha kamu disia-siakan mereka buat aku rasa kecewa. Buat pertama kalinya aku rasa kecewa datang ke latihan teater. Tapi kamu terlebih-lebih lagi kecewa bukan...?

p/s : seperti biasa, sekadar gambar hiasan.tapi simbolikal.

18 March 2011

Rindu pada perempuan itu...


...mana pernah terluahkan.
Mana mungkin jika hati ini sendiri mentertawakan.

p/s : fotograf asal adalah karya asal perempuan itu.

13 March 2011

a mystery of dusk.maybe dawn.or dusk.dawn...well i'm not sure.


Who others can spray our sky with teal and cambridge blue and golden tangerine?
Beyond a shadow of a doubt, I believe there's no other but He.

21 February 2011

teori antares.hihi.. :P


Perkara yang paling mudah lelaki lupa adalah perkara yang paling mudah lelaki cakap.


p/s : teori ini tak ada kena mengena dengan lelaki di atas.apatah lagi lelaki di atas, jauh sekali ada kena mengena dengan teori ini.

19 February 2011

you oh so nostalgic...how vivid..urgh~

You told everybody that you're not nostalgic. Well, give me a subtitution word for it.

I thought it will be hard but it's not. Go ahead and shut me down. :)

p/s : credit goes to the owner of this original photograph.

15 January 2011

hidden path...


why are we too blind to see the truth?

p/s : thanks to atikah for the original photograph.

07 January 2011

sedang menganalisa graf warna waktu atas tikar kehidupan-



apa pun yang telah terjadi
apa pun yang sedang terjadi
apa pun yang bakal terjadi
jadilah.

hey dunia!
jadilah apapun
aku akan teruskan hidup ini!

04 January 2011

chat-


ini bukan soal facebook.ini soal dua orang pengguna facebook.kenapa perlu si dia menutup chat box facebook-nya dengan seseorang yang aku pernah rapat suatu ketika dulu setiap kali aku ke biliknya?