11 March 2010

kelmarin aku mimpi bulan


Kelmarin aku mimpi bulan
Bulan itu bulat
tepat
jingga
dan besar muka pintu barangkali diameternya

Kelmarin aku mimpi bulan
Bulan itu tidak kelam
cuma suram
tidak pula cerah
dan separas mata rendah

Kelmarin memang aku mimpi bulan.

Tetapi hari ini aku tunggu
beca yang kau ceritakan dahulu
untuk bawa aku ke situ.

0 refleksi:

darjah

catatan

 
bloggerbukan.gila.kuasa