Showing posts with label catan. Show all posts
Showing posts with label catan. Show all posts

14 June 2014

bual bicara bersama Ajib (mukasurat II)

Ajib murung. dari tempat duduk sebelah pemandu, aku renung mata Ajib. dia tak toleh. aku renung lagi lama. pun dia tak toleh. tak gila babi macam selalu, masa itu dia pandu kereta dengan 'slowmo'. 

Ajib : dua tiga menjak ni, mak aku 'touching' je. lauk aku hidang dari pagi pun tak di-apa-kan. macam tu, macam tu la (macam mana aku hidang, macam itulah kesudahannya). 

aku : layankan je la Ajib..orang tua memang la macam tu. macam mana kita datang, macam tu la kita balik. blablabla...blablabla...blablabla



Ajib : ................................. *angguk lemah.



sepanjang perjalanan lebih dua ratus batu, dia banyak senyap. salah aku, aku sepatutnya faham bukan alasan atau ulasan yang dia minta tetapi dia perlu seseorang untuk pinjamkan dia telinga.

24 May 2011

jarum jingga


ada orang pegang 'seni untuk masyarakat',
ada yang pegang 'seni itu ekspresi diri dan media terapi',
ada masa penggiat seni silap mempersembahkan gambaran mental mereka sendiri,
ada masa penonton silap mentafsir gambaran mental penggiat seni,
yang pasti,
seni langsung tidak membawa kepada pergaduhan dan pecah belah,
jika terjadi,
itu bukan seni,
mungkin kau rasa itu seni,
tapi sebenar-benarnya bukan,
itu sampah!
sila gumpalkan dan tolak tepi.
faham?


P / : sejak waktu aku buat catan ni (sekitar 2010) sampai waktu aku taip entri ini, belum pernah aku jumpa pokok ni. aku tak tau pun apa nama dia. tapi biar aku panggil dia Jarum Jingga. buat peneman Seroja Jingga


08 May 2010

bukan mudah untuk memahamkan orang lain seperti mana kita faham...

lagi sukar untuk memahamkan orang lain sesuatu yang kita sendiri tidak faham...

Seperti catan ini-

p/s : apa ni?aku tak tahu kenapa aku buat catan ni.yang pasti,aku tak tenang beberapa minggu ni.

29 April 2010

label baru : catan. ~errrr


masih sifar dengan ilmu catan-

p/s : kenapa saya buat catan ini?sebab kepala rasa macam gempa.