16 November 2011

ini sebuah artikel yang tak mencapai tujuan ia dijadikan

ayat yang kamu semua sedang baca ni boleh aku katakan sebagai sekerat ayat yang berjaya; berjaya ditaip dan dipos. berjaya dalam kalangan berpuluh-puluh huruf lagi yang cuba mengatur diri menjadi sekerat ayat untuk muncul di skrin.

entah ke-berapa kali aku cuba terjemahkan gambaran mental aku menjadi sekerat ayat. malangnya figura-figura tersebut hanya leka bermain-main di depan sepasang mata aku. secara maya. macam sebuah tayangan multimedia yang selalu aku buat untuk pementasan teater. bezanya, tayangan kali ni ada jisim. berat! semakin bertukar episod, semakin bertambah jisimnya.

ya Allah.......................................
tak ada tempat lain untuk aku minta kekuatan. ya Allah, planet ni perlu  seseorang super genius mencipta suatu makanan tambahan untuk kekuatan hati. supaya hati-hati manusia yang rapuh macam hati aku tak wujud lagi.



aku cuba lagi untuk menekan-nekan kekunci berlabel huruf-huruf roman ni, tapi aku lebih kepada menekan kekunci yang ada label 
<---backspace <---backspace dan <---backspace



ok <---backspace.

15 November 2011

sedang sibuk...











...menjaga hati sendiri.



p/s : phyca antares, ini bukan kali pertama. belajar jadi serik untuk menolong orang yang tak pernah ada simpati untuk menolong kau semula! boleh? 

25 October 2011

tentang laki-laki penimbang ikan di tesco bukit indah


laki-laki itu
cakapnya senyap
tawanya senyap
tangisnya senyap.
bukan tiada, cuma senyap.

laki-laki itu
lagu dunianya sesenyap
dia bercakap dengan kita
bila-bila pelanggan
sua barang dagangan untuk ditimbang
lantas ditimbang
bila-bila pelanggan
sua jabat salam atau senyuman
nah, itu jua yang dipantulkan

laki-laki itu
tidak berbohong tidak kelentong tidak 'cong'
kerana dia tidak berbohong dengan suaranya
tapi senyumannya.

tentang isi hatinya, siapa tahu?


p/s : keterpaksaan aku rakam perasaan dengan abjad-abjad Roman ini lantaran ketiadaan kamera.oh ini sudah tidak normal.

24 October 2011

selalunya

kadang-kadang menyampah
tapi, buat tak kisah

kadang-kadang geram
tapi, buat tak faham

kadang-kadang terasa hati
tapi, buat tak reti

kadang-kadang cemburu
tapi, buat tak tau

kadang-kadang rindu
tapi, biar je la dulu

kadang-kadang terfikir
tapi, tak habis fikir

kadang-kadang terluka
tapi, nak buat macam mana

kadang-kadang nak menitis air mata
tapi, tahankan juga

kadang-kadang tu selalu juga.

20 October 2011

lihat

mungkin aku tak lihat kamu saat kamu sedang melihat aku.tapi mata orang sekeliling melihat.  kui3~ :)



p/s: tapi Fafa tetap tak dapat lihat. sebab aku simpan dalam beg. kemana-mana saja aku pergi aku bawa.

12 October 2011

aku nampak kamu senyum. tapi senyuman tu untuk aku ke?


kamu! cepat-cepat sembuh!! ini arahan!!!

p/s : kredit untuk dayah lagi sekali untuk foto asal.

11 October 2011

aku.ayah.teman.



sepatutnya aku ikut firasat ayah aku. bukan akal aku. akal aku, kadang-kadang silap membuat keputusan. banyak dipengaruhi emosi. luar dari logik. tapi firasat ayah aku tak pernah silap. selama ni aku hidup dengan firasat dia. firasat dia umpama kompas untuk aku terus berjalan. cuma kali ni saja aku lari. aku ego. aku lari dari menerima firasat dia. dan kau tahu? aku jatuh! kali ni aku jatuh.

sepatutnya aku belajar dari kesilapan.

sepatutnya aku ingatkan kau, teman.



p/s : maafkan pika, ayah. maafkan aku, teman. sekarang aku faham apa itu kecewa dengan diri sendiri. terima kasih kepada dayah untuk foto asal aku yang ni.

aku hairan


aku hairan kenapa manusia memilih untuk mendengar hanya daripada satu mulut,
sedangkan mereka diberi dua belah telinga.

aku hairan kenapa manusia memilih untuk memandang hanya pada satu sudut,
sedangkan mereka diberi dua belah mata.



p/s : kau memang boleh aku panggil kawan pasal kau tak termasuk dalam manusia yang aku maksudkan. senyum sikit. :)

06 October 2011

serba salah.....






aku : kawan, kau boleh cari. mak, kau nak cari kat mana?? utamakan yang utama.

dia : aku tak nak hilang dua-dua. tamak sangat ke aku cuma nak kawan yang baik dan seorang emak? kenapa aku kena pilih.

aku : ok. kau layak untuk dua orang terpenting dalam hidup kau. tapi kau kena realistik. you win some, you lose some.

dia : or they lose me..





maafkan aku..

25 September 2011

usaha.......waktu

perkara yang tetap ditunggu manusia walaupun tak pernah nampak ialah waktu.
sudah banyak hari aku nampak usaha kamu memperbetul keadaan. usaha kamu untuk memulakan semula apa yang pernah kamu hentikan; perkenalan kita. jadi,  tolong kemaskini laman ini kalau kamu betul-betul berusaha kerana laman ini laman bersama. laman ini perlu kamu walaupun tak sebanyak perlunya kamu bagi aku. aku tetap tunggu kamu dan waktu.

02 September 2011

1 syawal.


mungkin masih belum terlambat untuk aku ucap salam aidilfitri kepada semua penulis blog yang beragama islam daripada pengikut aku sehingga kepada silent reader yang setia serta aku mohon kepada kalian supaya ctrl+alt+del semua data tentang kesalahan aku selama kita kenal walaupun tak pernah bersua muka tetapi mungkin ada yang terguris hati atau kata yang lebih mudah ialah menyampah dengan tulisan buruk aku kat blog ni dan maafkan aku juga kerana entri ni terlalu panjang untuk dibaca satu nafas tanpa koma dan noktah di pertengahannya.
(aku tak suruh pun kau baca dalam satu nafas. pandai-pandailah letak jeda sendiri.haha..)

p/s : flying kiss untuk ayah sebab jadi jurufoto aku masa kecik-kecik.hihi..:)

30 August 2011

rindu pada perempuan itu... (III)


...sudah masuk dua kali ramadhan
bermakna sudah dua kali ramadhan berlalu tapi aku masih belum dapat kemaafan dia.
mungkin sehingga ramadhan tahun keduapuluh
mungkin selamanya
mungkin.

22 August 2011

tiga.


adakala tiga tahun macam tiga minit. adakala tiga minit macam tiga tahun. tapi tiga tahun aku kenal kau memang macam tiga tahun. sedar atau tidak, kita jadi individu yang berbeza-beza sejak tiga tahun tersebut. adakala budiman, adakala menyetan. adakala aku sesalkan tiga minit pertama permulaan perkenalan kita walaupun boleh aku katakan itulah antara minit-minit paling gembira dalam hidup aku. kerana aku bukannya orang yang mudah menerima perpisahan. mengenali orang lain bermakna aku telah mengambil keputusan untuk mengenali keperitan perpisahan. tapi, ada suara bagitahu aku; hidup tanpa risiko berbeza sedikit saja daripada mati. jadi, aku buat keputusan sekali lagi untuk terus mengambil risiko.
akhirnya, kita nampak, kita bermula sebagai orang asing dan begitu jugalah kita berakhir. ada atau tanpa sebab, itulah yang terjadi. kurang lebih tiga bulan lagi, baik kau baik aku, akan jadi orang asing antara satu sama lain secara total. cuti semester ini bererti aku cuti daripada kenal kau. selamanya mungkin. apapun, atas setiap kejadian, Allah lebih tahu sebab dan akibatnya berbanding aku.
p/s : foto (Luke Steel dan dua perempuan) asal daripada google.

17 August 2011

teruskan perjalanan dan terus berjalan...


dia bukan siapa-siapa
dan kita bukan siapa-siapa kepada siapa-siapa
untuk merasa apa-apa
dia cuma organisme yang bergelar manusia tipikal
yang biasa kita selisih di jalanan
waktu kita jalan-jalan
siapa dia untuk menjadikan orang lain sampah
yang boleh direnyuk dan dibuang?
kenapa perlu kita senangkan hati orang
yang tak pernah menyenangkan?
jadi,
rasa terbuang gara-gara dibuang orang asing itu bukan sesuatu yang bagus.
buang sebelum ia membusuk di hati dan membusukkan organ-organ lainnya.
teruskan berjalan, sahabat.. :)

23 June 2011

if i only could

you used to call me almost every night.
now i wish i could erase the phrase 'used to' and you, never reject my call.

p/s : original photograph by atikah

10 June 2011

tak bertajuk-


tinggal satu penggal sahaja lagi dia boleh dilihat dalam daerah ini.
selepas itu, hampir mustahil aku jumpa dia
dan dia, jauh sekali mahu berjumpa aku.
cuma satu penggal.

30 May 2011

kumpulan merangkumi individu, tapi individu belum tentu melibatkan kumpulan.


"stay away from my girl you crazy bomber"

pertama,
hanya kerana agama aku islam, aku dipanggil pengebom.

kedua,
kau boleh panggil mereka (orang islam yang berkenaan) gila.
hey! sekurang-kurangnya mereka mengebom dekat tanah sendiri.
yang orang-orang satu genetik dengan kau mengembom kat tanah orang tu..tak gila namanya?

ketiga,
hanya kerana agama kau ____________________, kau juga layak dipanggil pengebom gila!

wajar?

p/s : terima kasih buat pemilik foto asal.

24 May 2011

jarum jingga


ada orang pegang 'seni untuk masyarakat',
ada yang pegang 'seni itu ekspresi diri dan media terapi',
ada masa penggiat seni silap mempersembahkan gambaran mental mereka sendiri,
ada masa penonton silap mentafsir gambaran mental penggiat seni,
yang pasti,
seni langsung tidak membawa kepada pergaduhan dan pecah belah,
jika terjadi,
itu bukan seni,
mungkin kau rasa itu seni,
tapi sebenar-benarnya bukan,
itu sampah!
sila gumpalkan dan tolak tepi.
faham?


P / : sejak waktu aku buat catan ni (sekitar 2010) sampai waktu aku taip entri ini, belum pernah aku jumpa pokok ni. aku tak tau pun apa nama dia. tapi biar aku panggil dia Jarum Jingga. buat peneman Seroja Jingga


20 May 2011

friendship


Friendship is the most fragile thing on earth.
It takes months, maybe years to build but seconds to destroy it.
Handle with care.

p/s : phyca, please stop crying..your tears won't turn into glue to stick the broken pieces altogether.