31 December 2012

Do you feel me?

It's not that I don't care anymore. It's just.., perhaps I prefer being invisible..  
Have faith and BE STRONG!

27 December 2012

i think i've been behaving badly to you since.....


since past four years. since.. since i moved to kuala lipis. since my mother told me that... that you... that... that... that she prefers... that...


how am i going to say if both say and not to say may be the ruin of us both! :(

26 December 2012

dua kuasa satu itu bererti dua individu yang berkongsi satu laman.

saya tak tahu di mana dia berada sekarang. saya fikir, dia juga tidak tahu. perasaan marahnya terhadap saya telah bawa dia pergi. entah ke barat, entah ke timur. mungkin boleh saya gambarkan perasaan marahnya itu berupa belon panas. ya, panas. dia naik ke dalam bakul belon tersebut sebelum belon itu terbang entah ke mana-mana. tubuhnya ada. adakalanya, tubuhnya bertandang ke bilik saya di kolej kediaman. namun, jiwanya sudah lari; menaiki belon panas tersebut. kalau kamu jumpa, tolong kaitkan belon panas tersebut dan tambat pada mana-mana pokok. jangan lupa siram api belon tersebut dengan air kopi dan tolong jagakan jiwanya itu untuk sementara. nanti saya datang jemput dia. boleh saya minta tolong pada kamu? bukan apa...polis tak akan layan laporan saya yang merepek ni.

13 December 2012

entri ini dikarang pada 25 mei 2011. benarkah penulis yang telah mengarangnya?

kawan 1 : aku hormat orang yang hormat aku.
kawan 2 : aku hormat orang yang tahu hormat orang tuanya.
kawan 3 : aku hormat orang yang bagus-bagus.

aku : aku hormat orang yang sedar apa perlu dibuat setelah dihormati.


p/s : entri yang songsang dengan mood semasa penulis. sedang mencari ketenangan. mungkin saja ada di celah-celah cirrocumulus. ah! biarkan. biarkan dia serap dan terus larut dalam cirrocumulus. nanti malam kalau hujan turun, boleh juga aku dapat barang seteguk dua jus ketenangan tu, siapa tahu..

08 December 2012

wake up.

yesterday, i posted an entry. i woke up in this morning to post another one but i got the date of the last entry has changed to 19th october 2012. i think i really 'woke up' that it has been 40 days since i left this page.

or 40 days are just equal to a day for a loyal lover, i may say.

i grabbed my mobile cell phone by my shaky hand and i pressed four letters followed by a suspension point.

me : dear...
he : don't call me 'dear'.
me : i had a terrifying dream that you will be marry soon...how terribly sad it was...
he : how do you know?
me : 'how do you know'?? is it true?
he : maybe next year.

i closed my eyes back in hope it was just a dream. in hope i can go back to that dream to change everything according to me. but the warm liquid kept falling down whispered to me "wake up, big girl..."


i guess he has this device built on his heart.

19 October 2012

saya adalah seorang pelajar yang begitu menumpukan perhatian terhadap sesi pembelajaran kecuali...

...aktiviti menyalin nota! Saya sangat bermasalah untuk menyalin nota. Bermula dengan mengeluarkan kertas dari dalam beg lalu berniat untuk menyalin nota serta berazam untuk menyalin keseluruhan nota tetapi berakhir dengan menconteng. Alahai...cepat sangat nak songsang.

13 October 2012

gadis kecil itu Wani namanya.

Salam, ckgu ngah wt pe? Wani rndu kn ckgu. Wani nk jmpe ckgu. Wani syng kn ckgu. Dlm hdup wani ckgu lh wani punye pahlawan. Wani x bleh lpe kn ckgu. Klau wani nak ingat ckgu wani slalu tngok mta ckgu n gigi.

Gigi??? 
Cikgu yang nampak gigi tu, Wani...



Saban malam sebelum tidur, tangan kananku dipegang gadis kecil itu, dijabat, lalu dikucupnya. Kalau aku belum naik ke katilku di tingkat atas, pipiku juga turut dikucup. Pada hari-hari terakhir aku di sekolah itu, bukan sahaja kedua-dua belah pipi, malah dahi dan bibirku turut dikucupnya. Aku membiarkan sahaja dia melakukan sedemikian. Pada kebanyakan masa, aku sudah naik ke atas katil namun tidak berupaya untuk melelapkan mata kerana belum terbiasa dengan jadual tidur asrama murid-murid sekolah itu yang pada pendapat aku agak awal berbanding waktu tidur kebiasaanku di kolej kediaman. Tepat 10:30 malam, loceng berbunyi menandakan lampu asrama perlu ditutup.  Di sana tidak seperti di kebanyakan asrama sekolah lain. Warden tidak perlu memarahi murid-murid untuk menutup lampu, sebaliknya mereka sendiri akan memarahi rakan seasrama yang masih menggunakan lampu pada waktu tersebut. 

"Hey, deme! Tutup lampu! Silau lah!"

"Aok tak reti bahasa ke?! Kome nak tidur pun tak senang! Tutup la lampu!"


Aku, sungguhpun aku seorang guru, tetapi tidak sesekali aku menggunakan label 'aku cikgu' hanya untuk diberi pengecualian menggunakan lampu pada waktu tersebut. Tinggal di asrama bererti aku perlu mengikut peraturan di asrama. Pernah juga aku menghabiskan sisa-sisa kerja pada empat puluh minit selepas pukul 10 tetapi perbuatan itu pastinya tidak disenangi murid-murid di asrama. Semenjak itu aku memaksa diri mengikut jadual mereka.

Aku terkebil-kebil. Sekejap- sekejap mindaku kosong. Ada kalanya ligat memikirkan sesuatu. Aku masih terkebil-kebil cuba melelapkan mata. Aku memalingkan tubuh dengan rusuk kiri berada di bawah dan dada menghadap katil murid-murid. Aras mataku, aku rendahkan. Dalam samar-samar cahaya dari kaki lima, aku terpandang Wani memandangku. Gadis kecil itu merenung mataku. Sebuah renungan meminta...... meminta.................... aku tak tahu apa yang cuba dimintanya. Hati aku gusar apabila melihat air mukanya. Aku lemparkan senyuman ceria sepertimana selalu aku lakukan. Tetap tiada apa yang berubah dengan cara renungannya. Tetap aku tidak mengetahui apa yang cuba dimintanya. Mungkin sahaja boleh aku katakan apa yang dimintanya adalah sebuah pertolongan.

*****************************************************

"Wani tu...keluarga bermasalah juga tu...", pesan GPK dalam keadaan aku berpaling daripada menghadapnya ketika sedang menyiapkan tugasan yang diberikan. Aku respon kepadanya cuma dengan hiatus bunyi papan kekunci ditekan.

21 September 2012

hari ini hari Bagus. bhg 4 (bhg akhir)


Julai, 20 - Jumaat - 12:35
         
          Aku tak pasti sama ada kereta api tersebut akan bergerak menghala ke selatan atau ke pantai timur. Hendak aku bertanya kepada Farid Supandi untuk meminta kepastian. Sebelum itu, aku lihat keadaan diri aku. Aku lihat Farid Supandi. Aku lihat aku, aku lihat dia semula. Aku tak fikir aku ada masa yang cukup untuk mencari orang lain. Yang aku nampak cuma dia. Aku sudah tidak peduli apa dia akan fikir tentang diri aku yang sedikit ciri-ciri fizikal sahaja lagi boleh disamakan dengan orang tidak siuman. “Ah, lantaklah! Bukan jumpa dia lagi lepas ni.” Motivasi aku meningkat. Hati aku membentak. Tanpa aku sedari, secara lisan aku turut membentak.

          “Farid! Tren ni nak pergi mana?!”
          “Johor.......”

Dari riak wajah Farid Supandi jelas bahawa dia jawab antara rasa terkejut, geli hati, dan pelik. Dan pening. Mungkin. Terkejut kerana disergah secara tiba-tiba, geli hati kerana melihat fizikal aku, pelik kerana aku berbual dengannya seperti sudah lama berkawan baik walhal hakikatnya aku tidak pernah menegurnya selama empat tahun setengah berada di kampus. Bahagian pening tu mungkin disebabkan oleh aku memarahinya tidak tentu pasal tentang ke mana arah kereta api akan bergerak. Aku tinggalkan dia dan perasaan dia. Dengan tidak mengucapkan terima kasih dan dengan tergopoh-gapah, aku naik ke dalam gerabak. Ketika mencari-cari tempat duduk aku, beg yang aku bimbit terlanggar salah sebuah tempat duduk lalu salah satu pin yang dari tadi aku genggam telah terlepas. Kereta api berlepas. Aku malas untuk meneruskan pencarian pin tersebut kerana keadaan kereta api yang bergoyang-goyang buat aku jadi terhuyung-hayang. Aku terus duduk di tempat duduk aku. Aku letak beg yang dari tadi kerap berlanggar dengan sesuatu dan seperti sampan yang teroleng-oleng. Aku mengubah posisi kerusi lalu memperbetul punggung dan postur. Selepas mencapai tahap keselesaan yang aku mahukan , aku menghela nafas panjang. Ohoi.....Lega kau!

Tup! Tup! Farid Supandi di depan aku! Rupa-rupanya, dia turut menaiki gerabak yang sama. Aku fikirkan tadi aku tidak akan berjumpa dengannya semula. “Ah, lantaklah! Bukan dia ingat lagi kes ni lepas ni.” Aku beritahu diri aku sendiri lalu diri aku balas, “Kepala otak kau!” Dalam kereta api, aku buang pandangan ke luar tingkap. Aku buang bayangan kejadian-kejadian buruk sepanjang pagi tadi sehingga ke minit aku duduk ini. Aku buang kesemuanya ke dalam Sungai Jelai. Aku cipta bayangan lain. Aku bayangkan rupa kerepek sukun dan kerepek tempe. Lama aku simpan. Lama aku menunggu hari cuti. Aku hendak bawakan untuk Ayah dan Mak. Aku susun elok-elok dalam beg balik kampung. Aku simpan kemas-kemas di bawah rak. Aku jaga baik-baik sepanjang berada di kolej kediaman. Waktu aku sampai di rumah, aku jangkakan bahawa seisi rumah telahpun selesai makan malam. Kebiasaannya, mereka gemar ada cemil-cemilan selepas makan malam iaitu ketika menonton rancangan di televisyen. Dengan tidak sabar-sabar, beg balik kampung itu aku buka zipnya lalu aku keluarkan dua paket kerepek tersebut. Namun, emosi aku berubah serta-merta apabila melihat keadaan kerepek tersebut yang telah menjadi separa debu. Hancur. Spontan dengan itu, telinga aku terdengar suara pekikan dua orang gadis yang seakan-akan tergesa-gesa, berkomunikasi antara satu sama lain dalam jarak yang jauh dan disusuli bunyi dentuman sesuatu beban terhempas dari tempat tinggi.

“Muna! Muna! Sini Muna!”
“Kat mana?!”
“Sini! Kat sini! Kat sini! Campak sini!”

“Boom!!”

Beg aku dicampak ke tanah dari aras 4.







Ya Allah......apa lagi dugaanMu selepas ini, ya Allah. Aku seolah-olah menyalahkan takdir. Namun, apabila aku fikir-fikirkan semula, hari ini merupakan hari yang sangat baik. Pada hari Jumaat; penghulu segala hari inilah ‘dia’ bersalaman dengan aku setelah lebih dua tahun aku dan dia tidak bertegur sapa.

16 September 2012

in my very own way.

someday you would like to be in your private world.
it's not like The Secret Garden
where eventually turned to be not a secret anymore
and not special anymore.
it's a place where nobody knows
and radar can't even detect you.
don't you? i do.

always, lately.



i don't have to tell you how much i miss you.
but everybody agree that's already considered as a statement.

15 September 2012

diari lawatan yang membosankan.

"Lukisan merupakan suatu gambaran mental pelukis pada sesuatu permukaan yang rata atau dua dimensi."

12 September 2012

people say, you are what you read.

 i made this wallpaper so that i can read everyday i on my laptop.


16 August 2012

people are people. sometimes we would like to hear a social critics. so here i tell.....

he who sees the chance is the one who seeks the chance.

so kid..don't be too cynical
because someday your cynicism will eat you alive.

13 August 2012

suddenly i see something's walking on the 8 Mile Road and guess what? it's my mood.

don't get it literally. what M&M always tell you?

"That's just a metaphor, I'm just psycho 
I go a little bit crazy sometimes
I get a little bit out of control with my rhymes" 




we all know kids love crayons. so did M&M.

"Lay off and stay off,
And follow me as I put these crayons to chaos
from seance to seance"

i did post this photograph but this is another version anyway. worse version, i think. don't you think? well, ask me if i care. told you i'm not in the mood 'cause my mood is too busy wandering on the 8 Mile Road.

04 August 2012

hari ini hari Bagus. bhg 3


Julai, 20 - Jumaat - 12:10

Aku berlari patah balik ke asrama untuk mengambilnya sambil tangan kiri mendail nombor rakan sebilikku manakala tangan kanan menggenggam pin. Sebaik panggilan dijawab, aku pekik dalam satu nada.
         
“Hello Muna Muna Muna tolong ambilkan beg putih ok terima kasih!”

Aku capai beg, aku lari. Dalam kereta, aku mengah. Sambil mengelap peluh yang dari tadi menyimbah-nyimbah, aku yang berada di tempat duduk belakang cuba memanjangkan leher untuk melihat jam pada dashboard. 12:29. Tiket aku pukul 12:30. Aku sangat berharap masa tertangguh lagi 5 minit walaupun aku tahu masa tak pernah gagal matematik. Sampai di stesen kereta api, hanya aku yang keluar daripada kereta. Asiah, Kakfara, Kak Mas, Kak Teha dan Lee selaku tuan empunya kereta hanya duduk di dalam sambil memberi sokongan moral kepada aku supaya bergerak lebih cepat. Malangnya, itulah kelajuan maksimum tangan dan kaki aku boleh buat. Terasa seperti ATP hampir kontang. Selepas bersalaman ala kadar, aku terus menuju ke platform. Tak toleh ke kiri kanan, tak dongak ke langit, tak tunduk ke tanah. Dengan tudung tidak berpin dan kain senget sebelah (sebab keluar daripada tandas tadi tak sempat nak betulkan comel-comel), aku jalan menonong. Peluh? Tak boleh cerita. Peluh kepenatan campur peluh sakit perut campur peluh cemas dek bimbang terlepas kereta api menjadikan keadaan aku berbeza sedikit sahaja daripada orang baharu lepas bersukan. Bezanya cuma aku berbaju kurung dan membimbit beg dengan muka cuak. Sekonyong-konyong mata aku menangkap sebuah imej. Farid Supandi?!





Bersambung..

03 August 2012

hari ini hari Bagus. bhg 2


Julai, 20 - Jumaat - 11:50

Dalam pada perut memulas, aku terus mengunyah nasi kontang dan daging ayam yang keras kebatun boleh dibaling ke dinding. Sekadar mengalas perut kerana aku akan sampai ke JB Sentral pada waktu malam. Mahu melecet esofagus aku dibuatnya. Baharu luak seperlima nasi tersebut, aku tutup bekas makanan aku sementara Asiah baharu sahaja membuka bekas makanannya untuk makan. Aku berlari ke tandas. Ekspresi wajah sewaktu keluar dari tandas tentu sekali perkara yang menimbulkan persoalan kepada orang sekeliling yang melihat. Macam baharu lepas bertumbuk. Aku berlari lagi dan sejurus aku sampai di bilik, Asiah telahpun siap. Aku sarung tudung bawal yang hanya dipin di bahagian leher. Dengan menggenggam dua biji pin di tangan kanan, aku sandang beg laptop. Berlarilah aku dengan terhuyung-hayang turun tangga dan mendaki bukit sehingga pada satu tempat betul-betul di pertengahan bukit, dengan tiba-tiba aku pekik pada Asiah.

“Alamak, beg balik kampung tertinggal!”





Bersambung..

31 July 2012

hari ini hari Bagus.


Julai, 20 – Jumaat – 11:30



Selesai sahaja menghadiri sebuah majlis di dewan besar, cepat-cepat aku keluar meninggalkan dewan lalu menuju ke kolej kediaman. Di kantin, aku terus capai bekas makanan yang mengandungi makanan tanpa melihat apa isi di dalamnya. Makanan tersebut telah disediakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka khas untuk majlis yang diadakan. Setibanya di bilik, cepat-cepat aku buka bekas makanan. Aku cuci tangan. Aku makan. Lauk ayam pedas tidak aku sentuh kuahnya. Sebaliknya aku bersihkan kuah tersebut dengan mengesatkan ketulan daging ayam pada nasi sehingga ayam benar-benar putih dan nasi benar-benar merah. Nasi yang telah berwarna, aku asingkan. Lebih kurang separuh bekas kuantitinya. Aku tidak makan masakan tersebut bukan kerana aku tidak gemar akan rasa pedas tetapi cirit-birit yang aku alami semenjak dua hari lepas tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Hampir setiap minit perut aku bagai dipintal-pintal, ditusuk-tusuk malah disiat-siat. Terasa perut aku seperti dikunyah-kunyah oleh sesuatu. Atau mungkin seseorang.






Bersambung..

21 July 2012

You may say I'm a pessimist.

Some scared about the future
Some scared about the past
But I'm scared about the future and the past

For the future I am too blind to see
And the past I can never ever fix.





You may say I'm a pessimist. I am, in this case. How can you be so sure that your good deeds have been accepted and your sins have been forgiven by Him? I left you to think it over...

19 June 2012

airbag


i bet you feel sorry.
don't you?
well,you better be.
what for?
you don't know??
here i tell.
'cause you let your anger blinded you.
and FYI,it almost locked my heart too.
but it didn't.
see..i'm still here.
you don't have to be worry.
come here...
i can be your airbag everytime you fall.

21 May 2012

kanak-kanak



sewaktu aku kanak-kanak,
aku fikir aku akan jadi kanak-kanak selamanya.
tapi sebenarnya tidak.

bila aku sudah dewasa,
aku fikir aku akan jadi tua.
tapi sebenarnya belum tentu.

14 May 2012

kawan?

orang yang mengajak kamu meminggirkan orang lain
adalah orang yang akan meminggirkan kamu suatu hari nanti.


bukan nanti. kesnya, sekarang ni. ok? sekarang ni.

dulu, mereka heret kamu pinggirkan aku. sekarang mereka heret orang lain untuk pinggirkan kamu. tapi jangan khuatir. esok-esok ada orang lain akan heret orang lain lagi satu untuk pinggir dia. sesudah tu ada pulak orang lain lagi satu heret orang lain-lain lagi untuk pinggir dia. sampai bila-bila pun tradisi pinggir-meminggir ni akan berterusan kalau kau masih bersetuju dan masih mengamalkannya.

lantak kau lah lembu.

07 May 2012

smile to the world.

Masha Allah...what a great Painter can paint my evening sky like this!

11 April 2012

i..i....i......

i smile when i'm sad except for this time.
don't bother to tell me what to do.
just that...today i am highly motivated not to be a hypocrite.

07 April 2012

Shahrul

"cikgu..cikgu.. cikgu dah ada calon?"




*calon nak kena pelempang dah ada dah..

28 March 2012

waiting...

...is just a polite term for wasting time.
so, would you?

16 February 2012

09 February 2012

terlalu kebetulan.

selepas beberapa minggu cubaan membunuh rasa rindu, tiba-tiba semalam ada yang bertanya tentang aku. dan selepas beberapa hari mengulang lagu evergreen yang telah diterjemah kepada tiga puluh tiga bahasa ni, semalam ada yang mendengar juga.


biarlah 'ada' tu terus ada.

26 January 2012

my first Sony Vegas video.

not so cool but... at least i've tried. and i'm trying. :)

23 January 2012

susahnya untuk tidak jadi pemarah kebelakangan ini.


[sedang membalas mesej-mesej sifar penting. mesej hambar.]

selepas sebutir biji limau,
sebutir lagi dia lontar ke dalam baju kemeja kolar yang aku pakai.
terasa biji limau melurut dari leher ke dada.
tersangkut pada baju dalam.

kali kedua dia lontar,
sasaran masih tepat.
berserta arahan.

     
     "hey, cepatlah. kita nak pergi rumah cik nor."
     (nada rendah tetapi menggesa)


kali kedua dia lontar tadi sudahpun buat aku rasa ini sangat melampau.
jawapan yang paling sesuai adalah dengan memaki.
tapi aku tak beri jawapan yang aku kata paling sesuai tu.


     "tak nak lah!!"
     (menengking)


     "kau cuti berapa hari."
     "kau cuti kau tak melawat sedara-mara kau."
     (nada masih rendah)


     "sedara kau, bukan sedara aku."
     (cuma dalam hati)


dia masih lontar untuk kali ketiga.
kali ini sasaran melencong.
aku pungut, aku rejam semula ke arah dia.
aku tarik muka masam.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

trett..! trett..!
satu mesej masuk ke peti masuk mesej.

     'siapa nama penuh awak?'

     'afiqah si pemarah.'

p/s : phyca antares.......maaf.aku mungkiri janji aku untuk tidak tinggikan suara pada orang tua aku lagi.beri aku kekuatan ya Allah supaya aku sentiasa sabar.

12 January 2012

to look into her smile is a bliss.

i'm up on cloud number 9.


p/s :

actually, the ninth cloud was cumulonimbus.it's a vertically developed clouds which formed at an altitude of about 500 to 13,000 feet but in extreme cases, its peak can reach up to 75,000 feet.it was the highest a cloud can reach.

this is the largest of clouds; usually extending through all three cloud regions when vertically developed.all other clouds are dwarfed even compared to small cumulonimbus clouds.there are several number of cumulonimbus species.check this thing out..

1. Cumulonimbus Arcus
2. Cumulonimbus Calvus
3. Cumulonimbus Capillatus
4. Cumulonimbus Incus (subtype of Cumulonimbus Capillatus)
5. Cumulonimbus Mammatus
6. Cumulonimbus Pannus
7. Cumulonimbus Pileus
8. Cumulonimbus Praecipitatio
9. Cumulonimbus Tuba
10. Cumulonimbus Velum
11. Cumulonimbus Virga

but as time goes by, people discover another higher cloud which is noctilucent cloud (250,000 to 280,000 feet).after this, maybe i have to say "i'm up on noctilucent" to describe how blissful i am to iphone-age human being so they can understand.

forgive me if i'm wrong. good-day thursday. :)